Tanggal 24 April 2010 selepas Maghrib,Allahyarham Hj Md Noh Bin Zakaria,mantan Ketua Penyelia Hospital,HTAR Klang telah kembali kerahmatullah dirumahnya di Klang,Selangor.Pada Bulan Januari yang lepas,jawatankuasa Persatuan Pembantu Perubatan Selangor berkesempatan melawat beliau yang sedang keuzuran pada ketika itu.Upacara pengebumian jenazah telah dijalankan pada keesokannya dengan dihadiri oleh beberapa kenalan Allahyarham termasuk wakil dari Persatuan dan Kesatuan Pembantu Perubatan Selangor.Kami warga Penolong Pegawai Perubatan Negeri Selangor dan Persatuan Pembantu Perubatan Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang orang yang beriman....amin....Al-Fatihah...
Pada 5 Mei 2010 ,Wakil daripada Persatuan dan Kesatuan Cawangan Negeri Selangor telah menziarahi keluarga Allahyarham dan menyampaikan sumbangan tanda mengenang jasa beliau selama ini terutamanya dalam aktiviti Persatuan dan Kesatuan.
SEMUA YANG TERTERA DIDALAM BLOG INI ADALAH BERSUMBERKAN DARI INFO PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA CAW. NEGERI SELANGOR. ANDA DIALU-ALUKAN MENYALURKAN BERITA-BERITA PPP DITEMPAT ANDA.
Thursday, April 29, 2010
Friday, March 12, 2010
PROGRAM PENEMPATAN WAJIB (PPW) DI NEGERI SELANGOR
Seramai 46 Penolong Pegawai Perubatan PPW kumpulan ke 6, termasuk 2 wanita dari KIST telah ditempatkan di JKNS pada 17 Feb 2010 dan pecahannya seperti berikut :HTAR Klang x 11, Hospital Sg. Buloh x 6, Hospital Selayang x 12, Hospital Serdang x 7 ( 2 wanita),Hospital Ampang x 10
Penempatan PPW kumpulan ini akan berakhir pada 16 Ogos 2010.
Penolong Pegawai Perubatan Wanita ini adalah kumpulan pertama yang melaporkan diri bertugas di Negeri Selangor di Hospital ,Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada Tahun ini JKNS menerima 35 pos khas (7 pos setiap hospital) untuk PPW . Kumpulan ke 5 Penolong Pegawai Perubatan PPW akan berakhir penempatan di hospital berpakar pada Bulan Mac ini dan dijangka akan dihantar untuk penempatan tetap dalam bulan April nanti . Bagi anggota PPW yang gagal dalam penempatan 6 bulan ini , mereka terpaksa menyambung latihan PPW untuk selama 3 bulan lagi.
Wednesday, March 10, 2010
BULETIN PPP SELANGOR
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telahpun menerbit dan mengedarkan Buletin PPP Selangor yang pertama bagi tahun 2010.Sebanyak 1000 naskah buletin habis diedarkan keseluruh Negeri Selangor.Kepada sesiapa yang belum memiliki buletin ini sila dapatkan dari Penyelia PKD @ Hospital masing-masing kerana pihak Persatuan telah memperuntukan setiap anggota PPP harus memiliki sebuah naskah Buletin PPP Selangor.
Untuk makluman ,Sejak tahun 2005 pihak Persatuan telah menerbitkan Buletin Persatuan hampir setiap tahun bagi memberi info kepada semua PPP di Negeri Selangor berkenaan maklumat Persatuan atau Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor.Kepada semua PPP yang mempunyai idea,artikel,pandangan,pendapat atau sebagainya untuk dimasukkan dalam Buletin yang akan datang....Tuan-tuan dialu-alukan menghantar info tersebut kepada pihak editor.
Untuk makluman ,Sejak tahun 2005 pihak Persatuan telah menerbitkan Buletin Persatuan hampir setiap tahun bagi memberi info kepada semua PPP di Negeri Selangor berkenaan maklumat Persatuan atau Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor.Kepada semua PPP yang mempunyai idea,artikel,pandangan,pendapat atau sebagainya untuk dimasukkan dalam Buletin yang akan datang....Tuan-tuan dialu-alukan menghantar info tersebut kepada pihak editor.
Sunday, February 28, 2010
KURSUS 'ENT EMERGENCIES ' DI HTAR KLANG
Kursus " Ent Emergencies " anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Negeri Selangor ini diadakan pada 23 Februari 2010.Kursus sehari ini adalah siri pertama kursus yang dianjurkan oleh Persatuan pada tahun 2010 ini. Seramai 50 Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri selangor meliputi PPP yang bertugas di Hospital / Klinik / PKD / PGA mengikuti kursus ini yang diadakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.Ucapan Perasmian Kursus disempurnakan oleh Timbalan Pengarah HTAR Klang iaitu Dr Mohamad A. Majid manakala ucapan penutup diberikan oleh Tn Hj. Mustafa Abd Majid-Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Selangor.
Sesi Pendaftaran peserta Kursus "ENT Emergencies"
Peserta sedang tekun menjawab "Pre Test"
Antara para peserta Kursus
Pengerusi Persatuan memberikan cendehahati kepada
Dato' Dr. Rasan -Ketua jabatan ORL HTAR Klang .
KOPERASI PEMBANTU PERUBATAN SELANGOR BERHAD (KoPPS)
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) pada 20 Februari 2010 iaitu bilangan 2/2010 bertempat di Wisma Pembantu Perubatan,Reko Sentral Kajang telah membentangkan dan membincangkan projek Koperasi (KoPPS).Projek permulaan KoPPS dalam masa terdekat ini ialah dalam bidang latihan Am/Spesifik,Latihan berasaskan ICT dan Pencucian bangunan.
Setakat ini seramai 52 Penolong Pegawai Perubatan yang telah menjadi ahli Koperasi. KoPPS amat mengalu-alukan penyertaan dari semua PPP di Negeri Selangor untuk menjadi ahli KoPPS.Usaha untuk menggerakkan pendaftaran keahlian KoPPS akan dipergiatkan keseluruh Negeri Selangor dalam masa terdekat.
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang boleh dihubungi untuk maklumat lanjut :-
1. Hj Mustafa Abd Majid ( Pengerusi). 2. Hj Jaafar Md Sharif ( Bendahari).
3. En. Mohd Azmi Osman (Setiausaha).
4. Hj Idris B. Mohd Nor.
5. En. Mansor J.A. Fenner.
6. En. Ahmad Syamsul Rezali.
7. En. Mohan Chitran.
8. Hj Mohd Radzi Abdullah.
9. Hj Hassan Ahmad.
10.En. Mohd Ngazuan Abd Maei.
Friday, February 26, 2010
SESI ZIARAH BEKAS ANGGOTA PPP
Pada 24 Januari 2010 Jawatankuasa Persatuan Pem. Perubatan Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan mesyuarat pertama persatuan bagi tahun 2010.Selesai bermesyuarat semua ahlijawatankuasa yang terdiri dari Pengerusi-Hj Mustafa Majid,Setiausaha-En. Ahmad Syamsul Rezali,AJK-En Mohan Chitran dan En. Zulhelmi telah berkesempatan menziarahi bekas anggota PPP yang sedang uzur iaitu Tn. Hj. Md Noh dikediamannya di Klang,Selangor.
Beliau sungguh terharu menerima kedatangan kami semua.Semoga Tn. Hj. Md Noh bersabar mengharungi cabaran yang dihadapinya.Sesi ziarah ini adalah yang pertama dirancang oleh pihak persatuan bagi tahun ini.Sesi ziarah seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dan akan di perluaskan keseluruh negeri Selangor.
KLINIK 1 MALAYSIA
Klinik 1 Malaysia yang dicadangkan oleh PM telahpun dirasmikan dan telah beroperasi di seluruh negara.Anggaplah Pembukaan Klinik 1 Malaysia ini sebagai satu cabaran kepada Profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP).Laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dengan komited menepati tema Konferens PPP 2009 iaitu "Embrance Compentency,Propel Professionalism".
Subscribe to:
Posts (Atom)





