Wednesday, December 22, 2010

KONFERENS KEBANGSAAN PPP 2011

Maklumat terkini berkenaan Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2011.
  Tarikh : 26-28 Jun 2011 
Tempat : Royal Bintang Resort & SPA , Seremban N9.

Tema Konferens : 
Trasformasi Profesionalisme kearah kesejahteraan rakyat
" Transforming Professionalism Toword people Delight ".

Bayaran Pendaftaran : 
Ahli PPPM : RM 300.00
Bukan Ahli : RM350.00

Flyers akan diedarkan dalam masa terdekat...Sila ambil maklum.

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia juga telah bersetuju untuk menganugerahkan geran berjumlah RM5000.00 kepada mana-mana PPP yang dapat menjalankan kertaskerja untuk dibentangkan dalam Konferens ini nanti. Kertas kerja ini perlulah disiapkan selewat-lewatnya bulan Mac 2011.
Tajuk kertaskerja : Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia - keberkesanannya kepada masyarakat.
Kepada PPP yang berminat sila berhubung dengan pihak admin untuk maklumat lanjut.


Monday, December 20, 2010

TAMAN SINAR HARAPAN CHERAS



Pada 13 Disember 2010 yang lepas, satu lawatan kerja oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Persatuan Pembantu Perubatan cawangan Selangor ke Tmn Sinar Harapan Cheras
yang terletak di KM 18, Mukim Sungei Long, Jalan Cheras, Kajang .
 
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Tmn Sinar Harapan dan  untuk menjayakan Program Khidmat Sosial anjuran Persatuan tidak lama lagi.

Taman Sinar Harapan Cheras adalah Institusi latihan bagi golongan remaja kurang upaya akal yang berusia diantara 14 hingga 25 tahun terdiri dari lelaki dan perempuan. Kategori yang masuk kesini adalah mereka yang boleh berdikari iaitu yang boleh menguruskan diri sendiri dan boleh dilatih.Pada ketika ini pelatih disini seramai 50 orang.




Pihak Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor telah merancang untuk mengadakan Program Khidmat Sosial di sini .Program ini dirancang akan diadakan pada 22 Januari 2011 .

Program yang telah dirangka pada hari tersebut ialah;


8.00 – 8.30 PG            ; Senamrobik
8.30 – 9.30 Pg             : Sarapan
9.30 – 11.30 pg           : Sukaneka
11.30 – 12.30 t/hari    : Menyanyi
12.30  t / hari               ; Penyampaian cenderahati dari Persatuan PP
                             Kepada Pengetua Tmn Sinar Harapan.
1.00 ptg                       ; Makan tengahari untuk pelatih-pelatih.
  1.30ptg                       ; Bersurai .

Semua peserta PPP akan ke Wisma Pembantu  Perubatan  Reko Sentral Kajang  untuk  Makan Tengahari.

# Pemeriksaan kesihatan (skin condition / blood  screening /pemakanan ) akan dilakukan secara berkala diantara program-program diatas.

Kepada semua Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor yang berminat untuk bekerjasama dalam Program ini amat dialu-alukan. Cadangan, pandangan, pendapat ,sumbangan wang tunai dan tenaga kerja amat dialu-alukan. Sila berhubung dengan En. Ahmad Syamsul Rezali ditalian 012-2622234 untuk maklumat lanjut.

Sunday, December 5, 2010

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Program Berkhatan beramai-ramai di tempat seperti berikut ;-

1. Sekolah Kebangsaan Sg kapar Indah pada 28 November 2010.
2. Penjara Kajang pada 4 December 2010.
3. Masjid Badariah Kapar pada 5 December 2010.

Semua Program berkhatan tersebut dijalankan dengan anjuran bersama dengan penduduk-penduduk setempat. Program khidmat sosial ini telahpun dijalankan setiap tahun dilokasi-lokasi yang tertentu dan pada tahun ini sebanyak 3 tempat berlainan telah pun berjaya dijalankan.
Program seumpama ini akan terus dijalankan pada tahun tahun hadapan dengan sokongan semua Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor.

Plak yang telah dihadiahkan oleh Masjid Badariah,Kapar

Menjamu selera selepas tamatnya program berkhatan..amin..

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA BUAT ANDA SEMUA


SALAM AIDILADHA ...
kepada
. Semua Pen. Peg. Perubatan
. Pelatih PPP
. Pesara PPP
. Kenalan PPP
dan semua muslimin dan muslimat..

BERSAMA KITA SANDARKAN PENGORBANAN NABI IBRAHIM a.s
SEBAGAI KEKUATAN DALAM KEHIDUPAN DAN PROFESION PPP.

Bersama menghayati erti pengorbanan

DARIPADA :
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor .

Sunday, November 14, 2010

KONFERENS KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2011

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia sekali lagi akan menganjurkan Konferens Kebangsaan Pen.Pegawai Perubatan 2011 yang dicadangkan akan berlangsung pada 26 - 28 Jun 2011 di Seremban , N9.  Mesyuarat bil 2 Jawatankuasa Konferens ini telahpun dijalankan pada 13 November 2011 bertempat di Wisma Pembantu Perubatan, Kajang.
Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menjemput Y.A.B Perdana Menteri Malaysia sebagai kenamaan yang akan merasmikan Konferens pada kali ini. Beberapa tema Konferens telahpun dicadangkan tetapi belum dimuktamadkan. PPP yang mempunyai cadangan bolehlah memberikan cadangan tema Konferens pada kali ini.
Walaubagaimanapun tema pada kali ini perlulah berorientasikan rakyat, kompentensi dan  professionalism.
Sila emailkan cadangan anda kepada ppp.selangor@yahoo.com

HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MALAYSIA

Persatuan Pembantu Perubatan malaysia telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sambutan hari istimewa bagi semua Penolong Pegawai Perubatan iaitu Hari Penolong Pegawai Perubatan Malaysia. Satu cadangan tarikh telah diusulkan iaitu tarikh Akta 180 Pembantu Perubatan yang diterbitkan dalam warta. Tarikh yang dicadangkan ialah 10 March setiap tahun. Untuk pengetahuan Akta 180 Pembantu Perubatan diwartakan pada 10 March 1977. Cadangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Agong Persatuan untuk kelulusan ahli mesyuarat.
Sekiranya tuan-tuan ada cadangan dan pandangan sila usulkan kepada pihak admin.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


Pada tahun 2010 ini, Pengajian Diploma Pembantu Perubatan bukan sahaja ditawarkan oleh Kolej-kolej Pembantu Perubatan ,Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi beberapa Kolej swasta juga turut menawarkan pengajian Diploma Pembantu Perubatan ini kepada pelajar-pelajar lepasan SPM.

Semoga dengan perkembangan yang positif ini dapat menangani kekurangan graduan penolong pegawai perubatan dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan  dan profesion Penolong Pegawai Perubatan amnya.
Senarai Kolej- kolej yang menawarkan program diploma pembantu perubatan .

Kementerian Kesihatan Malaysia,
- Kolej Pembantu Perubatan Seremban,N 9.
- Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ,Perak.
- Kolej Pembantu Perubatan Alor Star,Kedah.
- Kolej Pembantu Perubatan Kuching,Sarawak.

Kolej Swasta
- Institut  I System  ( Klang / Kuching / Johor Baharu / Bukit Mertajam ).
- KIST, Kelantan.
- MSU ,Shah Alam.
- Kolej Shahputra, Kuantan.
- Kolej Kejururawatan Murni , Nilai.
- UNIKL.
- PTPL ,Sg Petani.
- Kolej Teknologi & Profesional Indera Kayangan, Perlis.

Monday, October 25, 2010

CONVOCATION B.Sc. (Hons) Nursing Practice Development



TAHNIAH DIUCAPKAN....!!!

Tanggal 23 Oktober 2010 mencatat satu lagi lembaran sejarah buat Penolong Pegawai Perubatan apabila seramai 55 orang PPP talah menerima penganugerahan ijazah pada majlis Konvokesyen Mahsa Universiti College dan Northumbria University U.K.
Majlis Konvokesyen yang diadakan di Concorde Hotel, Kuala Lumpur ini menganugerahkan B.Sc. Hons Nursing Practice Development kepada semua graduan -graduan MAHSA Universiti College seramai lebih kurang 230 orang.
Semua graduan menerima scrolls dan anugerah dari Prof. Kathleen Mc Court,FRCN. Dean School Of Health Community & Education Studies,Northumbria University,U.K.





Thursday, October 21, 2010

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN)

Peluang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) ditawarkan kepada ahli atau anak- anak ahli Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Bhd. (KoPPS).
Butir-butir :-
Yuran Pengajian  -  rendah.
Tempat pengajian - Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya Selangor.
Seisi Pengajian bermula - 26 Disember 2010.
Tarikh tutup permohonan - 31 Oktober 2010.
Tempat terhad.

BERMINAT ??? 
Sila hubungi ALK KoPPS ;  Hj Mustafa Majid 012-2536082
                                           En. Ahmad Syamsul Rezali  012-2622234.

Sunday, October 10, 2010

MERIAHNYA....FAMILY DAY PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI SELANGOR


Family Day PPP Negeri Selangor 2010 yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan meriah pada 9 - 10 Oktober 2010 di KM Chalet,Kuala Linggi, Melaka. Seramai 28 bilik chalet telah ditempah dengan kehadiran peserta termasuk ahli keluarga dan anak-anak berjumlah 128 orang.Pendaftaran peserta bermula pada hari sabtu (9 oct) jam 1.30 pm berjalan lancar. Aktiviti sebelah petangnya ialah permainan bola tampar pantai dan sebahagiannya tidak melepaskan peluang untuk mandi manda dengan anak-anak.

Malam mesra yang berlangsung pada sebelah malamnya memperlihatkan bakat-bakat terpendam dengan persembahan karaoke.Pengerusi Persatuan PP Selangor, Tn Hj Mustafa Majid menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua peserta .Para peserta telah menikmati makan malam dengan ditemani deruan ombak laut selat melaka.Selain Karaoke,program malam mesra dihiasi dengan cabutan bertuah, kuiz dan ramah mesra bersama keluarga PPP.Semua peserta membawa pulang hadiah cabutan bertuah masing-masing....memang berbaloi...baloi...
Pengerusi memberikan ucapan alu-aluan


hadiah hadiah menarik untuk cabutan bertuah

Antara para peserta di majlis malam mesra

BBQ dinner....mmphh...sedappp.
Presiden Persatuan PPM menunjukan bakat berkaraoke

menjamu selera dengan pelbagai menu BBQ

Antara pemenang cabutan bertuah

Selepas malam mesra....para peserta meneruskan program mengikut citarasa dan hobi masing masing.Berdasarkan dari pemerhatian.....peserta terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan pertama meneruskan hobi mereka dengan berkaraoke...Abang abang Aji bersama pasangan masing masing berduet menyampaikan lalu memori masa silam hingga lewat malam, kumpulan kedua meneruskan misi mereka  dengan joran joran canggih mereka.Dengan alam laut yang terbentang luas hingga lewat dinihari, kaki pancing ini mencuba nasib untuk menaikan pari 15 kilo yang diwar-warkan oleh penduduk tempatan.Kumpulan ketiga pula sambil sembang sembang santai ditepi laut membakar jagung manis,ubi keledek dan ubi kayu untuk ''super''. Memang sedapp.....!! dan kumpulan keempat setelah penat menjamu selera , kebanyakannya kaum ibu mereka lena diulit intan dengan deruan ombak laut selat melaka...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!
Kaki joran membuat persiapan untuk menaikkan pari 15kg

Antara pemenang sukaneka

Sukaneka ...mengikat silatulrahim antara anak-anak PPP


Hari kedua dimulakan dengan program Sukaneka keluarga. Acara dewasa, kanak-kanak dan keluarga menarik minat ramai peserta. Acara terompah gergasi , makan epal,kerusi muzik,gelek gelung, baling buah kelapa,berjalan dengan tempurung menghiasi acara dewasa dan yang paling menariknya....acara tarik tali...memang abang kuat!!!! ...Acara bawa bola pingpong, isi air dalam botol, bawa gelung, makan buah epal, terompah gergasi ,tiup belon sampai pecah ,baling kelapa dan mencari gula gula cukup menarik minat anak anak. Banyak hadiah hadiah menarik disediakan untuk pemenang acara sukaneka .
Johan acara baling buah kelapa....memang terror baling ni...

Team work ......kaum ibu

Acara paling disukai oleh kanak kanak...cari gula-gula
Raja gelek Selangor.....A. Ramlee

Makan dik....makan...dapat buah free....hadiah pun dapat..

Hebatnya abang- abang AMO....



Tarik...tarikk...acara paling " hot "
Meriah...memang meriah...itulah yang dapat digambarkan pada temasya Family Day PPP Selangor kali ini. Yang pertama bukan bererti yang terakhir...Dengan permintaan yang memberangsangkan oleh para peserta kali ini...insyaallah Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor akan meneruskan Temasya family Day PPP Selangor pada tahun tahun akan datang.....tunggu...lokasi yang sesuai pada tahun 2011..

Lagi gambar-gambar menarik diruangan GALERI.

Saturday, October 2, 2010

T-SHIRT FAMILY DAY PPP

UNTUK DIJUAL


T-shirt Family Day 2010 PPP Selangor dibuka untuk jualan kepada semua warga PPP di Negeri Selangor mahupun Malaysia . Sesiapa yang berminat untuk memiliki Tshirt ini bolehlah menempah dengan email kpd ppp.selangor@yahoo.com.

Pelbagai saiz boleh didapati seperti berikut :-

Lengan Pendek : saiz S,M,L,XL,XXL   RM17.00
Lengan Panjang : saiz S,M,L,XL,XXL  RM 19.00

Wednesday, September 22, 2010

FAMILY DAY PPP SELANGOR

Anda berminat untuk menyertai Family Day Penolong Pegawai Perubatan Negeri Selangor...??? Hubungi Jawatankuasa dengan segera kerana 30 hb Sept 2010 ini adalah tarikh tutup penyertaan.

TERKINI...baki Chalet yang masih belum ditempah...



Bil
Jenis Chalet
Harga (RM)
Jumlah unit
Jumlah kosong
1
Chalet berkipas
60.00
7
 full

2
Chalet Aircond  biasa
90.00
3
 3

3
Chalet Aircond Deluxe
100.00
25
 9

4
Chalet Aircond Deluxe (besar)
120.00
4
 full

5
Homestay
250.00
1
 1



Cepat booking sebelum....terlambat....

 Bayaran untuk makan & minum/seorang.  
Termasuk sarapan pagi, makan tengahari ,minum petang & makan malam (BBQ).

Dewasa : RM35/seorg.
kanak -kanak (6-11thn) : RM15/seorg.
Kanak-kanak (5 thn kebawah) : Free

Aktiviti 2 hari 1 malam ..Family Day PPP
- Sukaneka family.
- Games
- Malam mesra
- BBQ
- Karaoke
- Cabutan bertuah
- Riadah

Semua Penolong Pegawai Perubatan Di Negeri Selangor dialu-alukan menyertai Family Day 
ini....Banyak hadiah-hadiah yang menarik disediakan untuk anda semua....

Hubungi segera : En. Syamsul 012-2622234 untuk tempahan.

Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....SALAM LEBARAN




Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia cawangan Negeri Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Negeri Selangor . Pihak Jawatankuasa Persatuan memohon kemaafan sekiranya terdapat salah silap pihak kami semasa mengendalikan aktiviti dan program yang telah dianjurkan mahupun yang akan dianjurkan dimasa akan datang.

Persatuan senantiasa merangka aktiviti dan program bagi semua ahli-ahlinya.Oleh yang demikian kami mengharapkan penyertaan dan sumbangan ahli-ahli bagi menjayakan program yang akan dianjurkan.Beberapa program telahpun dirancang pada masa hadapan seperti Family day PPP di Kuala Linggi ,Melaka , Program amal dan sukarela di Rumah orang-orang tua, Program berkhatan dan sebagainya.Penyertaan dari kalangan PPP di Negeri Selangor amatlah diperlukan oleh pihak kami. Salam Lebaran....Maaf zahir & Batin....

Thursday, August 26, 2010

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN WANITA

Pada 26 Ogos 2010, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw. Selangor telah menerima permohonan masuk ahli dari seorang penolong pegawai perubatan wanita(PPPW). Permohonan ini adalah yang pertama dari kalangan PPPW di negeri Selangor.Beliau ialah Cik Siti Nor Lailatul Akmal yang sedang bertugas di HTAR, Klang.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi PPPMCNS, Tn Hj Mustafa Majid semasa kunjungannya ke HTAR pada 26/8/10. Semoga lebih ramai Penolong Pegawai Perubatan yang menjadi ahli Persatuan dimasa hadapan.

Ahli persatuan pertama di negeri Selangor dari kalangan PPPW.

Sunday, August 15, 2010

FAMILY DAY PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SELANGOR



Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw. Negeri Selangor akan menganjurkan Family day untuk penolong pegawai perubatan diseluruh Negeri Selangor seperti berikut :-

Tempat : KM Chalet,Kuala Linggi Melaka.
Tarikh : 9 - 10 Oktober 2010.
Tarikh tutup permohonan : 20 Sept 2010.
Emailkan kepada ppp.selangor@yahoo.com  atau asraz74@yahoo.com untuk dapatkan borang permohonan.

Pelbagai aktiviti telah dirancang semasa family Day ini berjalan sepertiacara sukaneka keluarga,dewasa dan kanak-kanak, Malam mesra , cabutan bertuah dan sebagainya.

Antara acara sukaneka ialah :-

Acara dewasa.
1. Tarik tali
2. Bola sepak pantai
3. Bola tampar
4. Sepak raga bulat
5. Terumpah gergasi
6. Berkayak suami isteri / berpasangan
7. Pertandingan memancing
8. Lari berpasangan
9. Muzik berirama
10. Berpasangan mencari suami / isteri kawan karib
11. Dokong isteri / kawan berpasangan

Acara kanak-kanak.
1. Tiup belon
2. Mengisi air dalam botol
3. Berjalan kaki guna tempurung
4. Lari dalam rotan
5. Bawa bola pingpong
6. Cari gula dalam tepung 

Senarai harga-harga chalet yang boleh ditempah. 

a. Chalet Kipas  = RM 60.00   (Ada 7 unit)
b. Chalet Hawa Dingin Biasa = RM90.00 (ada 3 unit)
c. Chalet Hawa Dingin Deluxe = RM 100.00  (ada 25 unit)
d. Chalet Hawa Dingin Deluxe family = RM 120.00 (ada 4 unit)
e. Homestay = RM250.00 (ada 1 unit)

Total unit = 40 unit .


Pihak persatuan mengalu-alukan penyertaan dari semua PPP. Walaubagaimanapun penyertaan family Day ini berdasarkan siapa cepat dia dapat. Ini kerana kami menyediakan hanya 40 chalet pelbagai jenis untuk family day yang julung-julung kali akan diadakan ini.

Mohon kepada semua Penolong Pegawai Perubatan supaya mewar-warkan berita tentang penganjuran Family Day ini. Maklumat lanjut sila hubungi setiausaha persatuan : Syamsul 012-2622 234 (asraz74@yahoo.com).

Friday, August 6, 2010

POP WORKSHOP DI HOSPITAL SG. BULOH

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw. Negeri Selangor telah mengadakan POP WORKSHOP di Hospital Sg Buloh dengan kerjasama Bahagian Penyeliaan Hospital Sg Buloh.Bengkel sehari ini diadakan di Bukit Ilmu dengan dihadiri seramai 40 orang penolong pegawai perubatan dari seluruh Negeri Selangor.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dato' Hj. Zamyn Zuki B. Tan Sri Dato' Mohd Zuki iaitu Ketua Jabatan Orthopedik,Hospital Sg Buloh.

Penyampaian cenderahati dari Persatuan PP Selangor kepada Yg. Bhg. Dato'.

Para peserta bengkel yang hadir di POP Workshop.


Objektif Bengkel.
1. Meningkatkan pengetahuan peserta dalam mengendalikan kes-kes trauma dan kepatahan.
2. Mampu memanjangkan pengetahuan yang diterima kepada anggota lain ditempat kerja masing-masing.

Beberapa topik penting telah disampaikan oleh beberapa penceramah seperti Assessment on trauma patient yang disampaikan oleh Mr. Sallehuddin bin Abdullah dan  Complication of fractures yang telah disampaikan oleh Dr. Tinesh. Speaker dari Korea juga telah didatangkan khas pada hari tersebut bagi menyampaikan teknik pemasangan POP  yang terkini dan pada sebelah petangnya para peserta dapat membuat secara "hands on" teknik pemasangan POP ini dengan tunjuk ajar beberapa speaker dari Korea.

Mr. Kim Young Ho dari Korea sedang menyampaikan sesuatu berkenaan teknik pemasangan terkini POP.

Mr. Lee Jons Han,Jurubahasa Korea sedang mempeterjemahkan bahasa supaya lebih difahami oleh peserta.

Mr. Srey Sophal juga speaker dari Korea sedang memberikan taklimat.

Seisi "hands on" oleh para peserta

Setiap peserta mengambil bahagian dalam seisi praktikal supaya lebih berkesan.

Monday, August 2, 2010

KHAIRAT KEMATIAN BAGI AHLI PERSATUAN

Mesyuarat EXCO PPPM sebulat suara bersetuju untuk memberi khairat kematian berjumlah RM200.00 kepada semua ahli Persatuan Pembantu Perubatan sekiranya berlaku kematian dikalangan ahli-ahli dengan syarat keahlian ahli tersebut masih aktif .
Oleh yang demikian ,kepada semua warga Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor..Tuan-tuan diharapkan memberi kerjasama dengan menyampaikan maklumat kepada pihak pppselangor sekiranya ada warga PPP yang meninggal dunia.
Kerjasama tuan-tuan amatlah diharapkan supaya sumbangan ini sampai kepada ahli-ahli yang berhak menerimanya.
Pihak Persatuan juga telah mewujudkan dana Tabung Kebajikan kepada PPP yang sakit walaupun PPP tersebut telah berpencen.Dana Tabung kebajikan yang berjumlah RM5000.00 akan diagih-agihkan kepada PPP yang sakit dan memerlukan bantuan berterusan dengan pantauan Biro Kebajikan PPPM.

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL

Pada 31 Julai 2010, EXCO Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah mengadakan mesyuarat EXCO bertempat di Wisma Pembantu Perubatan ,Kajang. Beberapa perkara telah diperbincangkan dalam Mesyuarat kali ini yang bermula jam 9.00 pagi .Mesyuarat berhenti rehat untuk memberi ruang kepada ahli mesyuarat mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil selepas solat zohor.Mesyuarat bersambung semula sehingga tamat pada pukul 4.00 petang.


Mesyuarat EXCO PPPM  dipengerusikan oleh Tn. Presiden.




Majlis bacaan Yassin dan tahlil.

Wednesday, May 12, 2010

KURSUS "EMERGENCY MANAGEMENT FOR AMO- A STEP FURTHER"


Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan kursus seperti tajuk diatas pada 26 Mei 2010 bertempat di Dewan Bistari Hospital kajang.Beberapa tajuk telah dibentangkan dalam kursus sehari ini seperti tajuk  "Eagle eye concept’ in trauma yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma iaitu Dr Norzilah binti Abu Zahrin. Tajuk " Failure to Intubate / Difficulty Intubation"  disampaikan pula oleh Dr Vickneswary Thangadurai - Ketua Jabatan Anestisiologi .Topik " Fever emergencies with Fluid Resuscitation" pula telah dibentangkan oleh Dr Kow Ken Siong iaitu Ketua Jabatan Perubatan serta tajuk tentang " Orthopedic emergencies /Spinal Injury "  disampaikan oleh Mr Ruzaimi bin Mohd Yusof iaitu Ketua Jabatan Orthopedik,Hospital kajang. 

Seramai 50 Penolong Pegawai Perubatan telah menyertai kursus sehari ini dari seluruh Negeri Selangor.
                                 Seisi perasmian Kursus di Dewan Bistari,Hospital Kajang.

                                 Antara peserta yang menyertai kursus ini.

                                Para peserta sedang mendengar ceramah yang diberikan .