Friday, March 12, 2010

PROGRAM PENEMPATAN WAJIB (PPW) DI NEGERI SELANGOR

Seramai 46 Penolong Pegawai Perubatan PPW kumpulan ke 6, termasuk 2 wanita dari KIST telah ditempatkan di JKNS pada 17 Feb 2010 dan pecahannya seperti berikut :

HTAR Klang x 11, Hospital Sg. Buloh x 6, Hospital Selayang x 12, Hospital Serdang x 7 ( 2 wanita),Hospital Ampang x 10

Penempatan PPW kumpulan ini akan berakhir pada 16 Ogos 2010.

Penolong Pegawai Perubatan Wanita ini adalah kumpulan pertama yang melaporkan diri bertugas di Negeri Selangor di Hospital ,Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada Tahun  ini JKNS menerima 35 pos khas (7 pos setiap hospital) untuk PPW . Kumpulan ke 5 Penolong Pegawai Perubatan PPW akan berakhir penempatan di hospital berpakar pada Bulan Mac ini dan dijangka akan dihantar untuk penempatan tetap dalam bulan April nanti . Bagi anggota PPW yang gagal dalam penempatan 6 bulan ini , mereka terpaksa menyambung latihan PPW untuk selama 3 bulan lagi.

No comments:

Post a Comment