Wednesday, March 10, 2010

BULETIN PPP SELANGOR

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telahpun menerbit dan mengedarkan Buletin PPP Selangor yang pertama bagi tahun 2010.Sebanyak 1000 naskah buletin habis diedarkan keseluruh Negeri Selangor.Kepada sesiapa yang belum memiliki buletin ini sila dapatkan dari Penyelia PKD @ Hospital masing-masing kerana pihak Persatuan telah memperuntukan setiap anggota PPP harus memiliki sebuah naskah Buletin PPP Selangor.

Untuk makluman ,Sejak tahun 2005 pihak Persatuan telah menerbitkan Buletin Persatuan hampir setiap tahun bagi memberi info kepada semua PPP di Negeri Selangor berkenaan maklumat Persatuan atau Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor.Kepada semua PPP yang mempunyai idea,artikel,pandangan,pendapat atau sebagainya untuk dimasukkan dalam Buletin yang akan datang....Tuan-tuan dialu-alukan menghantar  info tersebut kepada pihak editor.

No comments:

Post a Comment