Wednesday, November 25, 2015

MAKLUMAN

UNTUK MAKLUMAN SEMUA.
Admin secara rasminya menyerahkan
Blog PPP Selangor ini  dikendalikan sepenuhnya oleh
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor
berkuatkuasa 15 November 2015.
Semua pertanyaan dan cadangan bolehlah di emailkan
Admin seterusnya akan meneruskan penulisan info-info PPP
di blog PPPM Perak di link
 http://ppp-perak.blogspot.com

Sekian Terima Kasih.

Wednesday, August 19, 2015

LANTIKAN KETUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MALAYSIA

Dr Mohd Zaki B. Osman - No 2 dari kanan.
Watikah perlantikan Ketua Penolong Pegawai Perubatan yg baru (SU di LPP KKM) mulai 06 Ogos 2015. Semoga satu transformasi drastik yg positif (rebranding & reengineering) peranan dan tanggungjawab profesion yg lebih mantap dan tersohor dpt terlaksana di bawah kepimpinan Dr. Mohd. Zaki bin Othman.

Gambar : Kunjungan Hormat ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, JPA . Selain membincangkan beberapa perkara berkaitan profesion, kunjungan ini juga merupakan salam perkenalan antara Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Malaysia dengan Pengurusan Tertinggi Profesion PPP.

TAHNIAH DIUCAPKAN...

Saturday, July 18, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H


Profesionku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Penolong Pegawai Perubatan . 
Semoga Allah menerima segala amalan ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini..Aminn.
Jika tidak menjadi kesulitan teruskan lah dengan amalan berpuasa enam dibulan Syawal..Insyaallah.

KIAN BERLABUH TIRAI RAMADHAN,
LAMBAIAN SYAWAL KIAN DINANTI,
LUHUR HATI IKHLAS KEMAAFAN,
SEMOGA KESALAHAN DIMAAFI.

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN
            

Tuesday, April 28, 2015

STIKER KERETA AMO

Stiker Kereta AMO boleh didapati sekarang 
dengan harga RM 6.00/pcs . Sila whatsapp no 012-2622234
untuk pembelian.  Kami juga akan membuka booth Persatuan di MITC Melaka pada 11-13 Mei 2015 sempena Konferens Kebangsaan PPP 2015 . Jumpa disana.

Tuesday, April 7, 2015

PROGRAM KEMASYARAKATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN TAHUN 2015 PERINGKAT NEGERI PERAK



TARIKH : 28 MAC 2015.
TEMPAT : PERKAMPUNGAN  PENDUDUK ORANG ASLI 
KAMPUNG PISANG SUNGAI SIPUT .
MASA :8.00 PAGI – 4.00 PETANG

            Program sambutan hari PPP di Perkampungan orang asli merupakan  satu program yang diilhamkan bersama semasa mesyuarat Penyelia Penolong Pegawai Perubatan pada 4 mac 2015. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melipat gandakan usaha bagi melahirkan perkhidmatan kerajaan yang mesra rakyat juga bersesuaian dengan tema Hari Pembantu Perubatan 2015 “ Kesihatan Rakyat Keutamaan Kami”.

            Penglibatan komuniti orang asli dalam aktiviti kesihatan juga adalah merupakan matlamat utama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melahirkan masyarakat sihat. Oleh yang demikian hasrat murni ini telah dimenifestasikan melalui program yang  dianjurkan oleh PPP Negeri Perak sempena Hari Pembantu Perubatan peringkat Negeri Perak.

Tok Batin menberikan  ucapan

Dr Rahimi bersama Ketua PPP Negeri Perak

Acara nak bermula

Percubaan menyumpit
Seramai 105 Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak telah menghadiri program ini.

Program telah dirasmikan oleh Dr Hj Rahimi Bin Goon ,Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, gotong royong, memasak, ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan penyampaian sumbangan.
 
Segala perbelanjaan program tersebut adalah kutipan daripada semua PPP negeri Perak dan juga sumbangan daripada Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Perak dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Cawangan Negeri Perak.
 
Gotong royong memasak

Ceramah Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan

Sukaneka Anak-anak Orang Asli

Sukaneka

Friday, March 13, 2015

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2015

Sambutan hari Pembantu Perubatan 2015 peringkat kebangsaan telah diadakan pada 10 Mac 2015 jam 2.00 petang di Hotel Everly, Putrajaya. Seramai 650 orang Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh Malaysia hadir memeriahkan majlis sambutan pada kali ini.
Denga tema " Kesihatan Rakyat Keutamaan Kami" Majlis yang berlangsung ini telah dirasmikan
oleh Menteri Kesihatan, Y.B. Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg Datuk Farida Mohd Ali (KSU KKM), En Saiful Anuar (TKSU (P)), Dato Dr Azman (Pengarah Pembangunan Perubatan), Pengarah-pengarah JKN serta Pegawai-pegawai Kanan KKM.








Dalam Majlis ini juga telah diumumkan 
Tokoh Pembantu Perubatan Kebangsaan 2015 iaitu :-
- Hj Muhamad Diah Bin Hj Koleh
- Hj Azizan Bin Hanafiah.
- En. Niip Sipaun

Hj Muhamad Diah Bin Hj Koleh

Hj Azizan Bin Hanafiah

En. Niip Sipaun
Bagi Anugerah Penolong Pegawai Perubatan Harapan Tahun 2015 disandang oleh :-
1. Hj Alias Bin Mahmud
2. En. Azrin Bin Ag Hassan
3. En. Musa Bin Abdul Ghani.

Hj Alias Bin Mahmud


En. Musa Bin Abdul Ghani

Tn Hj Johari Ketua PPP Malaysia telah mengetuai bacaan ikrar sebagai  penjawat awam yang diikuti oleh semua Ketua PPP Negeri dan semua PPP yang hadir di majlis ini.
Perlaksanaan Polisi Penyeliaan juga direalisasikan dalam majlis yang bersejarah ini.

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia juga telah menyampaikan saguhati kepada wakil wakil negeri bagi bantuan tabung bencana banjir yang telah diwujudkan. Semua bantuan telah diberikan kepada Pengerusi Persatuan PPM negeri-negeri terlibat.

Gambar-gambar sekitar Majlis sambutan Hari Pembantu Perubatan 2015














Tuesday, February 24, 2015

SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2015


SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN
10 MARCH 2015
" KESIHATAN RAKYAT KEUTAMAAN KAMI "

Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan  akan diadakan
 pada 10 march 2015 
di Hotel Everly Putrajaya. Masa : 2.00 ptg hingga 6.00 ptg.
Perasmian oleh YB Datuk Seri Dr S. Subramaniam , Menteri Kesihatan Malaysia.

Sertailah program sambutan ini beramai ramai...tunjukkan keutamaan anda pada Profesion PPP.
MAJULAH PPP- MAJULAH PROFESION.

Thursday, February 19, 2015

KOPERASI PEMBANTU PERUBATAN SELANGOR BHD


Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Bhd (Kopps)
telahpun melancarkan blog Kopps bagi memberi info-info berkenaan perjalanan dan pengurusan koperasi ini.

Untuk maklumat lanjut sila klik link diatas.


Thursday, December 25, 2014

TABUNG BANTUAN KECEMASAN MANGSA BANJIR


Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia 
telah mewujudkan tabung bantuan kecemasan mangsa banjir . Semua sumbangan akan diberikan kepada PPP yang terkesan dengan banjir . Semua PPP dialu- alukan memberi sumbangan ikhlas kepada sahabat- sahabat kita yang memerlukan.
Sama-samalah kita menderma untuk kebajikan PPP.
Hari ni hari mereka...esok lusa mungkin kita pula.

Sumbangan bolehlah disalurkan ke 
Akaun Maybank 014150309143 
(Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia)

 Jom menderma.  #pppmalaysia.com

Saturday, November 1, 2014

NATIONAL CONFERENCE OF ASSISTANT MEDICAL OFFICER 2015

Flyers berkenaan National Conference of Assistant Medical Officer 2015 pada 11-13 hb Mei 2015 di MITC Melaka. Rancang tempat anda disini. Surat penyertaan , flyers dan borang penyertaan akan diedarkan ke semua ketua PPP negeri untuk edaran .


Anda boleh isi form dibawah dah hantar ke email yang disertakan didlm flyers atau form untuk mendaftar.

 JUMPA ANDA DISANA....2015.