Monday, January 24, 2011

HARI AMAL PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI SELANGOR



Bergambar beramai-ramai peserta PPP , pelatih & staff Tmn Sinar Harapan

Satu Program khidmat sosial yang diberi nama Hari Amal Penolong Pegawai Perubatan telah berlangsung dengan jayanya di Taman Sinar Harapan, Cheras pada 22 Januari 2011 yang lepas. Seramai 70 orang peserta dari kalangan Penolong Pegawai Perubatan yang datang dari seluruh negeri selangor menjayakan program khidmat sosial ini.
Hari Amal PPP yang dianjurkan oleh Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Selangor ini dilaksanakan di Tmn Sinar Harapan iaitu salah satu dari Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.

Pengerusi Persatuan menyampaikan taklimat


Bersemangat untuk bersenamrobik.


Objektif penganjuran program ini ialah :-

a.    Merapatkan hubungan antara pelatih-pelatih Tmn Sinar Harapan dengan  Masyarakat luar  khasnya Penolong Pegawai Perubatan.

b.    Memberi peluang kepada Penolong Pegawai Perubatan untuk berbakti  kepada masyarakat khususnya kepada insan yang kurang upaya, menjalin hubungan penyayang,  diluar waktu kerja rasmi dan aktiviti rutin seharian mereka .

c.   Sebahagian daripada aktiviti/program dalam kalendar Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Cawangan Negeri Selangor, yang melibatkan ahli ahlinya dengan tujuan memartabatkan Profesion.




Sukaneka antara peserta PPP dan pelatih.

Saudara Nazri Ashri menghiburkan para peserta & pelatih



Penganjuran Hari Amal PPP seperti ini adalah julung-julung kali diadakan  dan pihak persatuan bercadang akan meneruskan usaha murni ini dengan menganjurkan lebih banyak lagi program-program seumpamanya pada masa akan datang.,walaubagaimanapun penganjuran Kem Kesihatan, Pameran dan Program Berkhatan beramai-ramai yang menjadi program tahunan Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Selangor tetap akan diteruskan pada masa hadapan dengan sokongan penuh dari semua Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor ini.



TERIMA KASIH SEMUA ATAS SOKONGAN ANDA..!!
## Lagi gambar-gambar di ruangan GALERI.