Wednesday, May 12, 2010

KURSUS "EMERGENCY MANAGEMENT FOR AMO- A STEP FURTHER"


Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan kursus seperti tajuk diatas pada 26 Mei 2010 bertempat di Dewan Bistari Hospital kajang.Beberapa tajuk telah dibentangkan dalam kursus sehari ini seperti tajuk  "Eagle eye concept’ in trauma yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma iaitu Dr Norzilah binti Abu Zahrin. Tajuk " Failure to Intubate / Difficulty Intubation"  disampaikan pula oleh Dr Vickneswary Thangadurai - Ketua Jabatan Anestisiologi .Topik " Fever emergencies with Fluid Resuscitation" pula telah dibentangkan oleh Dr Kow Ken Siong iaitu Ketua Jabatan Perubatan serta tajuk tentang " Orthopedic emergencies /Spinal Injury "  disampaikan oleh Mr Ruzaimi bin Mohd Yusof iaitu Ketua Jabatan Orthopedik,Hospital kajang. 

Seramai 50 Penolong Pegawai Perubatan telah menyertai kursus sehari ini dari seluruh Negeri Selangor.
                                 Seisi perasmian Kursus di Dewan Bistari,Hospital Kajang.

                                 Antara peserta yang menyertai kursus ini.

                                Para peserta sedang mendengar ceramah yang diberikan .

Monday, May 10, 2010

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI WISMA PEMBANTU PERUBATAN

Pada 30 April 2010 ,Satu Majlis Penyerahan kunci Wisma Pembantu Perubatan kepada penyewa iaitu LPPKN yang dihadiri oleh Pengarah LPPKN Negeri Selangor,Pn. Rinawati Bt Mohamed Nawawi bertempat di Wisma Pembantu Perubatan,Reko Sentral Kajang telah diadakan.Oleh yang demikian,Dengan ini secara rasminya Bangunan Wisma Pembantu Perubatan Aras bawah dan Aras satu telah disewa bermula Februari 2010 dengan kadar sewa RM5000.00 sebulan.

KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PADA 13 Februari 2010 yang lepas secara rasminya Kesatuan Kebangsaan Pembantu Perubatan Semenanjung Malaysia telah diluluskan pertukaran namanya kepada Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia sejajar dengan perubahan nama jawatan dan skim Penolong Pegawai Perubatan.

Thursday, May 6, 2010

DALAM KENANGAN

Pada 1 Mei 2010,Wakil dari Persatuan dan Kesatuan Cawangan Negeri Selangor telah menziarahi keluarga mendiang Mageswaran A/L Rangan yang tinggal di kuarters Hospital Serdang.
Mendiang Mageswaran ialah Penolong Pegawai Perubatan U32 yang bertugas di Hospital Serdang dan telah meninggal pada bulan Mac 2010 yang lepas. Mendiang telah meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak.
Kehadiran wakil daripada Persatuan dan Kesatuan Cawangan Negeri Selangor adalah sebagai tanda penghargaan buat bekas PPP dan telahpun menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang.

KEMPEN KEAHLIAN KOPERASI

Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK) pada 30 April 2010 telah mensasarkan sekurang kurangnya sebanyak 100 ahli yang akan berdaftar dengan Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Bhd (KoPPS) dalam tempoh sebulan ini.Pada masa ini,Sebanyak 65 orang Penolong Pegawai Perubatan telah berdaftar sebagai ahli KoPPS.Oleh yang demikian,Semua PPP digalakkan mendaftar sebagai ahli KoPPS dengan syarat mempunyai alamat tempat tinggal di negeri Selangor walaupun PPP tersebut bekerja diluar negeri Selangor. Sila hubungi ALK yang berdekatan dengan anda untuk urusan keahlian.