Friday, April 19, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI PERAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal Penolong Pegawai perubatan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Perak dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia cawangan Perak akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Perak 2013 pada :- 
Tarikh : 18 Mei 2013
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Perbandaran Teluk Intan
( berhampiran Rumah Rehat Bandar Baru Teluk Intan)
Bayaran Penyertaan : RM 20.00 shj.

Majlis Perasmian oleh Dato’ Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Kepada yang ingin menyertai bolehlah membuat bayaran kepada S/U Persatuan En.Kamsani b. Kadir PPP U32 Hospital Teluk Intan secara tunai atau atau melalui Akaun Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Perak Maybank 558060503702 selewat-lewatny­a 10 Mei 2013 . 
Maklumat lanjut sila hubungi En. Ahmad Redzuan di talian 0195162743 atau Tn. Hj. Mohd Radzi di talian 0174873974

Tuesday, April 16, 2013

MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM..& SALAM SEJAHTERA
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.

Mulai tarikh dan ketika ini,blog ini tidak lagi menyiarkan berita-berita semasa Persatuan Pem Perubatan Selangor tetapi apa yang dicoretkan selepas ini hanyalah pandangan peribadi penulis atau info-info PPP terbaru yang di ketahui oleh penulis. Oleh yang demikian ,Persatuan PP Selangor tidak lagi bertanggungjawab dalam sebarang kesilapan info yang terkandung dalam blog ini.

HARAP MAKLUM.

Sunday, April 14, 2013

SAMBUTAN HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Majlis sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan peringkat negeri Selangor yang telah diadakan pada 13 hb April 2013 di KEC Klang telahpun dirasmikan oleh Yg Bhg Dato’ Dr.Hj. Azman B. Hj. Abu Bakar (Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor).

Pelbagai acara telah dijalankan pada malam tersebut dengan dihadiri oleh Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri Selangor.


Pengerusi Majlis sambutan Tn Hj Mustafa menyampaikan ucapan aluan


Yg Bhg Dato’ Dr.Hj. Azman B. Hj. Abu Bakar merasmikan majlis sambutan




persembahan warna warni


Dif-Dif Kehormat menjamu selera


Antara tetamu yang hadir




Penyanyi jemputan A. Ramlie...Era 2000.