KoPPS


  

( KoPPS )
Nombor Pendaftaran : B-4-0734

  11-2, Wisma Pembantu Perubatan, Reko Sentral, 43000 Kajang.


 
PROFAIL KOPERASI

PENUBUHAN
Penubuhan Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad ( KoPPS ) adalah hasil usaha Biro Ekonomi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia. Atas nasihat Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri Selangor, bagi permulaan Koperasi (KoPPS ) telah didaftarkan untuk bergerak di peringkat negeri Selangor sebelum berkembang ke peringkat  kebangsaan. Koperasi (KoPPS) telah didaftarkan pada 17 September 2009 dan seterusnya gerakan mendaftar ahli di seluruh negeri Selangor telah dimulakan.

OBJEKTIF
Objektif utama koperasi (KoPPS) adalah untuk mengalakkan Penolong Pegawai Perubatan melibatkan diri dalam penabongan melalui sumbangan syer modal, disamping aktiviti perniagaan yang akan diusahakan oleh Koperasi (KoPPS). Keutungan daripada hasil pelaboran dan perniagaan akan dibahagikan kepada anggota koperasi (KoPPS) secara dividen tahunan.


VISI
Menjadikan Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad (KoPPS) satu gerakan koperasi yang unggul menepati objektif penubuhan koperasi berdasarkan prinsip-prinsip pertubuhan koperasi kebangsaan.

MISI

Mengerakkan hampir kesemua bilangan Penolong Pegawai Perubatan yang berkhidmat di Negeri Selangor untuk menjadi ahli Koperasi (KoPPS) dan sekaligus mengumpul satu jumlah dana ( modal syer ) yang tinggi dengan tujuan  pemantapan pengurusan ekonomi Penolong Pegawai Perubatan.

KEAHLIAN

Keahlian Koperasi (KoPPS) dibuka kepada Penolong Pegawai Perubatan dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, sama ada masih berkhidmat mahupun telah bersara. Penolong Pegawai Perubatan yang berkhidmat di luar negeri Selangor tetapi mempunyai alamat harta (rumah) dalam negeri Selangor juga layak memohon menjadi ahli Koperasi (KoPPS) ini. Setakat ini Koperasi  (KoPPS) telah mendaftar seramai lima puluh dua orang ahli.

AKTIVITI KOPERASI
Pada masa ini Koperasi (KoPPS) sedang giat merancang serta menyediakan keperluan untuk melancarkan kesemua 5 aktiviti Koperasi (KoPPS), seperti berikut;
 i) Pendidikan / Latihan  – latihan am dan spesifik;
 ii)Pencucian bangunan – khasnya fasiliti Kesihatan
 iii) Latihan dalam bidang ICT.
 iv ) Bekalan Buku ; dan
 v ) Bekalan alat perubatan.

Bagi memulakan aktiviti, pihak anggota lembaga koperasi (KoPPS) sedang berurusan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk mendapatkan geran permulaan bagi membeli peralatan yang diperlukan untuk melancarkan dua aktiviti, iaitu, Latihan Am & Spesifik dan Latihan dalam bidang ICT.


KEBAJIKAN AHLI

Pihak Koperasi (KoPPS) juga merancang untuk mengadakan kemudahan khairat untuk ahli serta tanggongan nya serta sumbangan tahunan anak-anak yang bersekolah. Aktiviti ini akan merupakan satu kemudahan sosial pihak Koperasi (KoPPS) kepada ahli. Walaubagaimanapun Kemudahan ini hanya akan diadakan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agong Koperasi (KoPPS) serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia.


ASPIRASI KOPERASI

Aspirasi Koperasi adalah serampang dua mata, iaitu disamping menambahkan keahlian Koperasi (KoPPS) diperingkat negeri Selangor, Koperasi (KoPPS) juga berhasrat untuk memperluaskan keahlian Koperasi (KoPPS) kepada semua Penolong Pegawai Perubatan di seluruh negara dalam masa terdekat ini. Langkah ini akan memudahkan aktiviti perniangan Koperasi (KoPPS) di perluaskan ke peringkat kebangsaan dan sekaligus menambah pendapatan Koperasi, Insyaallah.



‘ SOKONGLAH KoPPS
UNTUK MASA DEPAN EKONOMI ANDA ‘


b.p  Lembaga Koperasi,
        Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad.