Friday, March 13, 2015

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2015

Sambutan hari Pembantu Perubatan 2015 peringkat kebangsaan telah diadakan pada 10 Mac 2015 jam 2.00 petang di Hotel Everly, Putrajaya. Seramai 650 orang Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh Malaysia hadir memeriahkan majlis sambutan pada kali ini.
Denga tema " Kesihatan Rakyat Keutamaan Kami" Majlis yang berlangsung ini telah dirasmikan
oleh Menteri Kesihatan, Y.B. Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg Datuk Farida Mohd Ali (KSU KKM), En Saiful Anuar (TKSU (P)), Dato Dr Azman (Pengarah Pembangunan Perubatan), Pengarah-pengarah JKN serta Pegawai-pegawai Kanan KKM.








Dalam Majlis ini juga telah diumumkan 
Tokoh Pembantu Perubatan Kebangsaan 2015 iaitu :-
- Hj Muhamad Diah Bin Hj Koleh
- Hj Azizan Bin Hanafiah.
- En. Niip Sipaun

Hj Muhamad Diah Bin Hj Koleh

Hj Azizan Bin Hanafiah

En. Niip Sipaun
Bagi Anugerah Penolong Pegawai Perubatan Harapan Tahun 2015 disandang oleh :-
1. Hj Alias Bin Mahmud
2. En. Azrin Bin Ag Hassan
3. En. Musa Bin Abdul Ghani.

Hj Alias Bin Mahmud


En. Musa Bin Abdul Ghani

Tn Hj Johari Ketua PPP Malaysia telah mengetuai bacaan ikrar sebagai  penjawat awam yang diikuti oleh semua Ketua PPP Negeri dan semua PPP yang hadir di majlis ini.
Perlaksanaan Polisi Penyeliaan juga direalisasikan dalam majlis yang bersejarah ini.

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia juga telah menyampaikan saguhati kepada wakil wakil negeri bagi bantuan tabung bencana banjir yang telah diwujudkan. Semua bantuan telah diberikan kepada Pengerusi Persatuan PPM negeri-negeri terlibat.

Gambar-gambar sekitar Majlis sambutan Hari Pembantu Perubatan 2015