Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2011 telahpun berlangsung dengan jayanya pada 26-28hb Jun 2011 yang lalu. Perasmian Konferens ini dibuat oleh olehY.Bhg Dato' Hasan Bin Abdul Rahman , Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia mewakili Menteri Kesihatan Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan memukul gong simbolik bagi merasmikan Konferens |
Seramai 728 orang peserta dari seluruh negara hadir menyertai Konferens pada kali ini dengan 40 kertas kajian telah dibentang oleh Penolong Pegawai Perubatan dalam sesi selari dan 5 sesi plenary.
Tema " Transforming Professionalism Towards People Delight " begitu berketepatan dengan keadaan semasa PPP itu sendiri.
Konferens ini juga merupakan antara Konferens yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia. Ia sebagai satu landasan bagi mengenegahkan Penolong Pegawai Perubatan yang menjalankan kajian ilmiah membentangkan kertas kajian mereka dan seterusnya menggalakkan warga PPP membuat kajian dimasa hadapan.
Diharapkan agar kejayaan penganjuran Konferens kali ini dapat diteruskan konferens pada masa akan datang dan agar pembangunan modal insan kelas pertama akan sentiasa dapat dizahirkan dari kalangan Penolong Pegawai Perubatan amnya.
Cenderahati kepada KPK |
Peserta yang hadir memenuhi dewan utama |
Antara peserta yang hadir dari seluruh Malaysia |
Tetamu jemputan |
Ucapan Aluan Pengerusi Konferens |
Ucapan perasmian oleh KPK |
Lawatan ke booth pameran |
Persatuan cawangan Selangor juga turut membuka booth pameran dan jualan |
KPK bersalaman dengan para peserta konferens |
Pameran sejarah Profesion PPP |
Presiden dan Pengerusi Konferens bersama penerima Anugerah Tokoh PPP |
* Lagi gambar-gambar konferens akan diupload dalam ruangan GALERI sedikit masa lagi.....
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PENGANJURAN KONFERENS KEBANGSAAN PPP 2011
No comments:
Post a Comment