Tuesday, April 7, 2015

PROGRAM KEMASYARAKATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN TAHUN 2015 PERINGKAT NEGERI PERAK



TARIKH : 28 MAC 2015.
TEMPAT : PERKAMPUNGAN  PENDUDUK ORANG ASLI 
KAMPUNG PISANG SUNGAI SIPUT .
MASA :8.00 PAGI – 4.00 PETANG

            Program sambutan hari PPP di Perkampungan orang asli merupakan  satu program yang diilhamkan bersama semasa mesyuarat Penyelia Penolong Pegawai Perubatan pada 4 mac 2015. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melipat gandakan usaha bagi melahirkan perkhidmatan kerajaan yang mesra rakyat juga bersesuaian dengan tema Hari Pembantu Perubatan 2015 “ Kesihatan Rakyat Keutamaan Kami”.

            Penglibatan komuniti orang asli dalam aktiviti kesihatan juga adalah merupakan matlamat utama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melahirkan masyarakat sihat. Oleh yang demikian hasrat murni ini telah dimenifestasikan melalui program yang  dianjurkan oleh PPP Negeri Perak sempena Hari Pembantu Perubatan peringkat Negeri Perak.

Tok Batin menberikan  ucapan

Dr Rahimi bersama Ketua PPP Negeri Perak

Acara nak bermula

Percubaan menyumpit
Seramai 105 Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perak telah menghadiri program ini.

Program telah dirasmikan oleh Dr Hj Rahimi Bin Goon ,Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, gotong royong, memasak, ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan penyampaian sumbangan.
 
Segala perbelanjaan program tersebut adalah kutipan daripada semua PPP negeri Perak dan juga sumbangan daripada Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Perak dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Cawangan Negeri Perak.
 
Gotong royong memasak

Ceramah Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan

Sukaneka Anak-anak Orang Asli

Sukaneka

No comments:

Post a Comment