Friday, May 16, 2014

MAJLIS PERSARAAN KETUA PEN. PEG. PERUBATAN

Majlis persaraan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Tn Hj Siri Bin Narudin telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina,Kompleks E, Putrajaya pada 9 Mei 2014. 
Majlis telah diserikan dengan tetamu jemputan iaitu Ketua Pengarah Kesihatan KKM Y. Bhg Datuk Seri Dr Noor Hisham Bin Abdullah. Timbalan Ketua PPP juga berada dalam majlis ini.
Majlis diserikan dengan penyampaian watikah dan cenderamata kepada orang yang diraikan.
Dan akhirnya upacara mengetik Kad Perakam Waktu buat kali terakhir diadakan simbolik dengan berakhirnya tugas beliau sebagai seorang Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia.








Admin mengucapkan semoga mantan ketua PPP , Tn Hj Siri Bin Narudin  beroleh kejayaan dialam baru beliau dengan lebih cemerlang dan berbahgia disamping keluarga tercinta. 







No comments:

Post a Comment