Majlis sambutan Hari Pembatu Perubatan merupakan salah satu program penting bagi Profesion ini. Program ini dilaksanakan dengan mengumpul semua wargakerja Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negara untuk berkumpul dalam suasana harmoni selain berkongsi pengalaman demi memartabat dan meningkatkan Profesion PPP dikalangan masyarakat.
Dimajlis ini juga Datuk KSU telah mengumumkan bahawa KKM telah mengezetkan Hari Pembantu Perubatan dalam kalender KKM pada 10 hb March setiap tahun.
Seramai 3 orang PPP dari Negeri Sabah dan 3 orang PPP dari peringkat pusat telah diberi pengiktirafan sebagai Tokoh PPP.
Penyampaian sumbangan kepada Badan Amal dan bukan kerajaan (NGO) juga dilaksanakan pada Majlis ini yang berlangsung dengan meriahnya. Penyerahan rasmi lagu korporat Penolong Pegawai Perubatan Berjaya juga disempurnakan oleh AMAS selaku pencipta lagu diserahkan kepada pengerusi persatuan PP Malaysia yang telah disaksikan oleh YBhg Datuk Faridah Bt Mohd Ali.
No comments:
Post a Comment