Monday, January 30, 2012

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KOPERASI PEMBANTU PERUBATAN SELANGOR BERHAD


Pada 28 januari 2012 , Mesyuarat Agong Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad telahpun berlangsung di Auditorium Permata, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Mesyuarat Agong ini telah dirasmikan oleh Pengarah JKNS iaitu Dato' Dr Hj Azman Bin Hj Abu Bakar.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Dr Hj Azman menekankan berapa pentingnya penambahan anggota @ ahli Koperasi kerana dengan bertambahnya ahli koperasi maka seharusnya koperasi ini akan lebih maju kehadapan. Buat masa ini ahli koperasi ini (KoPPS) berjumlah seramai 92 anggota sahaja dan 47 onggota sahaja yang telah membayar modal syer sebanyak RM500.
Oleh yang demikian, usaha akan digerakkan dengan lebih kuat dan komprehensif dalam menggalakkan semua Penolong Pegawai Perubatan menjadi ahli Koperasi.

Sebanyak 5 perkhidmatan telahpun diluluskan oleh suruhanjaya koperasi (SKM) bagi KoPPS menjalankan perniaagaannya iaitu :-
· Latihan dalam bidang ICT
· Pendidikan / Latihan 
· Pencucian Bangunan
· Pembekalan Peralatan Perubatan
· Pembekalan Buku Perubatan

Para anggota koperasi yang hadir

Pengerusi KoPPS memberikan ucapan aluan
Cenderahati kepada Pengarah atas kesudian beliau merasmikan mesyuarat ini


No comments:

Post a Comment