Monday, January 30, 2012

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KOPERASI PEMBANTU PERUBATAN SELANGOR BERHAD


Pada 28 januari 2012 , Mesyuarat Agong Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad telahpun berlangsung di Auditorium Permata, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Mesyuarat Agong ini telah dirasmikan oleh Pengarah JKNS iaitu Dato' Dr Hj Azman Bin Hj Abu Bakar.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Dr Hj Azman menekankan berapa pentingnya penambahan anggota @ ahli Koperasi kerana dengan bertambahnya ahli koperasi maka seharusnya koperasi ini akan lebih maju kehadapan. Buat masa ini ahli koperasi ini (KoPPS) berjumlah seramai 92 anggota sahaja dan 47 onggota sahaja yang telah membayar modal syer sebanyak RM500.
Oleh yang demikian, usaha akan digerakkan dengan lebih kuat dan komprehensif dalam menggalakkan semua Penolong Pegawai Perubatan menjadi ahli Koperasi.

Sebanyak 5 perkhidmatan telahpun diluluskan oleh suruhanjaya koperasi (SKM) bagi KoPPS menjalankan perniaagaannya iaitu :-
· Latihan dalam bidang ICT
· Pendidikan / Latihan 
· Pencucian Bangunan
· Pembekalan Peralatan Perubatan
· Pembekalan Buku Perubatan

Para anggota koperasi yang hadir

Pengerusi KoPPS memberikan ucapan aluan
Cenderahati kepada Pengarah atas kesudian beliau merasmikan mesyuarat ini


Sunday, January 15, 2012

STIKER KERETA AMO - latest edition

1 pcs = RM 5.00 ( hak cipta terpelihara)
Kepada semua Penolong Pegawai Perubatan umumnya di Malaysia ,Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor ada mengeluarkan stiker kereta yang terbaru ( stok lama dah habiss..) . Logo seperti diatas.. Kepada yang berminat untuk memiliki atau menjual kepada kawan2 di tempat bertugas anda bolehlah hubungi En. Syamsul ditalian 012-2622 234  @ Email : asraz74@yahoo.com.

Kepada yang membeli banyak, harga akan dikurangkan sebagai ganjaran jualan.

Collar pin juga masih ada stok. harga masih sama iaitu 1 pcs = RM 5.00.
sehingga stok masih ada...1 pcs RM5.00

Tuesday, January 10, 2012

KERJAYA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Anda ingin tahu berkenaan kerjaya seorang Penolong Pegawai Perubatan..?? Sila klik pada gambar diatas untuk melihat buku kerjaya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.