Sunday, November 27, 2011

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Seperti tahun -tahun sebelumnya,cuti persekolahan pada tahun ini telah dipenuhi dengan aktiviti Program berkhatan beramai-ramai iaitu salah satu aktiviti tahunan utama oleh Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor.
Program ini yang telahpun diadakan di Masjid Hisamudin Bandar baru Salak tinggi,Sepang dan Masjid Asy-Syarif Meru telah berjalan dengan jayanya oleh ahli-ahli Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia cawangan Negeri Selangor.
Program berkhatan yang diadakan di Penjara Kajang ialah pada 20 November diikuti dengan Masjid Hisamudin Bandar Baru Salak Tinggi diadakan pada 26 November dan pada 27 November telah diadakan di Masjid Asy-Syarif Meru,Klang.

Sekitar Program berkhatan di Masjid Asy-Syarif Meru, Klang.
Sedang menenangkan kanak-kanak yang akan dikhatankan

Antara PPP Selangor yang terlibat 
Penolong Pegawai Perubatan wanita yang mengambil bahagian
Antara AJK Masjid yg membantu melancarkan program
Program berkhatan yang diadakan di Masjid As-Syarif Meru Klang  diadakan dengan kerjasama antara Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor dengan Masjid As-Syarif Meru, JKKK Kg Meru dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru.
Majlis Perasmian Program berkhatan di Meru ini telahpun diadakan pada sebelah malamnya iaitu pada 26 November selepas solat Isyak. Acara Khatam Quran dan perarakan kanak-kanak berkhatan dimulakan sebelum majlis perasmian yang dibuat oleh YB Dr. Hj Abdul Rani Osman (ADUN Meru).
Seramai 110 orang kanak-kanak telah berjaya dikhatankan tanpa ada sebarang komplikasi.

Program Berkhatan beramai-ramai akan datang ialah pada 3 Disember 2011 di Penjara Kajang dan 10 Disember 2011 bertempat di Surau Nur Hidayah, Seksyen 24 Shah Alam .
Dijemput semua ahli-ahli Persatuan Pembantu Perubatan beramai-ramai mengambil bahagian dalam program amal ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi  012-2622234.

No comments:

Post a Comment