Sunday, November 27, 2011

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Seperti tahun -tahun sebelumnya,cuti persekolahan pada tahun ini telah dipenuhi dengan aktiviti Program berkhatan beramai-ramai iaitu salah satu aktiviti tahunan utama oleh Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor.
Program ini yang telahpun diadakan di Masjid Hisamudin Bandar baru Salak tinggi,Sepang dan Masjid Asy-Syarif Meru telah berjalan dengan jayanya oleh ahli-ahli Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia cawangan Negeri Selangor.
Program berkhatan yang diadakan di Penjara Kajang ialah pada 20 November diikuti dengan Masjid Hisamudin Bandar Baru Salak Tinggi diadakan pada 26 November dan pada 27 November telah diadakan di Masjid Asy-Syarif Meru,Klang.

Sekitar Program berkhatan di Masjid Asy-Syarif Meru, Klang.
Sedang menenangkan kanak-kanak yang akan dikhatankan

Antara PPP Selangor yang terlibat 
Penolong Pegawai Perubatan wanita yang mengambil bahagian
Antara AJK Masjid yg membantu melancarkan program
Program berkhatan yang diadakan di Masjid As-Syarif Meru Klang  diadakan dengan kerjasama antara Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor dengan Masjid As-Syarif Meru, JKKK Kg Meru dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru.
Majlis Perasmian Program berkhatan di Meru ini telahpun diadakan pada sebelah malamnya iaitu pada 26 November selepas solat Isyak. Acara Khatam Quran dan perarakan kanak-kanak berkhatan dimulakan sebelum majlis perasmian yang dibuat oleh YB Dr. Hj Abdul Rani Osman (ADUN Meru).
Seramai 110 orang kanak-kanak telah berjaya dikhatankan tanpa ada sebarang komplikasi.

Program Berkhatan beramai-ramai akan datang ialah pada 3 Disember 2011 di Penjara Kajang dan 10 Disember 2011 bertempat di Surau Nur Hidayah, Seksyen 24 Shah Alam .
Dijemput semua ahli-ahli Persatuan Pembantu Perubatan beramai-ramai mengambil bahagian dalam program amal ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi  012-2622234.

Thursday, November 10, 2011

JOM MELANCONG KE BEIJING

Persatuan Pembantu Perubatan malaysia Caw Selangor buat julung kalinya menganjurkan program percutian ke Beijing. Percutian ini dirancang akan diadakan pada 28 Februari 2012 hingga 4 March 2012. Terbuka kepada semua Penolong Pegawai Perubatan dan keluarga yang berkhidmat di Negeri Selangor @ sekitarnya.
Aktiviti riadah atau melancong ini adalah salah satu program yang telah dirancang oleh pihak persatuan pada tahun 2012 selain dari program kemasyarakatan dan program pembangunan modal insan  klik sini.

Butiran terperinci seperti berikut :

HARGA : RM 2395 (DEWASA)      KANAK-KANAK BWH 12THN ; RM 1990

DEPOSIT / BOOKING ; RM 800 SHJ.
TARIKH TUTUP ; 31 DEC 2011.

HARGA PAKEJ TERMASUK :-
·         Tiket penerbangan ekonomi pergi & balik dengan penerbangan Air China (Berlepas dari KLIA).
·         Airport tax dari KLIA RM614.00 SEORANG
·         Penginapan 5 malam di hotel bertaraf 3/4 bintang (2 orang sebilik)
·         Makan HALAL di restoran  Muslim.
·         Beg Sandang
·         Tip untuk pemandu pelancung tempatan                   
·         Caj untuk proses Visa (RM60.00)

ANTARA TEMPAT MENARIK YANG AKAN DILAWATI;-
·         Summer Palace
·         Masjid Madian,Masjid Niujie d.l.l
·         Pusat Pemeliharaan Mutiara Airtawar
·         persembahan akrobatic China
·         Forbidden City (Kota/Istana Larangan)
·         Pusat Perubatan  Herba China
·         Kilang Pembuatan Batu Jade dan Kain Sutera
·         Tembok Besar China
·         Kilang Pembuatan Krim Panas & Koyok
·         Stadium Olimpik Beijing
·         Ngqiao Market & Wang Fu Jing Street

MAKLUMAT LANJUT / PERTANYAAN / BOOKING :

HUBUNGI SYAMSUL :  012-2622 234
Email :  asraz74@yahoo.com

Wednesday, November 9, 2011

Kursus (Bengkel ) PembangunanSoalanPeperiksaan Program Diploma Pembantu Perubatan Sektor Awam / Swasta

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan kerjasama KoPPS akan menganjurkan kursus khas bagi melatih bakal pemeriksa /penilai peperiksaan Pembantu Perubatan mengikut garis panduan yang di tetapkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan.
Peserta  yang digalakkan hadir adalah dari kalangan Pensyarah Pembantu Perubatan, Pengajar Klinikal dan Penolong Pegawai Perubatan yang terlibat dalam Program Diploma Pembantu Perubatan dan  berminat untuk menjadi pemeriksa / penilai pada masa hadapan.


Kandungan Kursus

·         Konsep penilaiaan Program ASKB.

·         Pembinaan soalanobjektif ( MCQ, single response dan true or false ).

·         Pembinaan soalan essay ( MEQdan SEQ ).

·         Konsep‘reliability ‘dan‘ validity’soalan.


Bayaran : RM 350.00, termasuk kos nota, makan tengahari dan minum pagi & petang.

Tempat : Prescott Metro InnKajang, 43000 Kajang, Selangor. 


Tarikh Kursus:
09 Disember 2011( Jumaat– mula jam 3.00 ptg.)  hingga11 Disember 2011 ( Ahad )

Pertanyaan / Booking tempat hubungi Penyelaras Program :
Hj. Mustafa Bin Abd. Majid  -  012-2536082.
email :  mustafamajid9@yahoo.com

Tuesday, November 8, 2011

SEMINAR PEMASANGAN ALISKLAMP

Pada 1 November 2011, Persatuan Pembantu Perubatan Caw. Selangor dan Bahagian Penyeliaan Hospital HTAR dengan kerjasama KESB Sdn Bhd telah menganjurkan Seminar Pemasangan AlisClamp di Dewan Ilmiah, HTAR Klang. Seramai 45 peserta dari kalangan Penolong Pegawai Perubatan dari Negeri Selangor menghadiri kursus sehari ini.

Objektif Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi lebih pengetahuan dan pendidikan kepada PPP berkenaan teknik terbaru yang diberi nama AlisClamp ini .PPP yang hadir akan lebih bermaklumat sekiranya terjumpa sebarang komplikasi yang terjadi dengan pesakit yang menggunakan alisklamp. Mungkin pada waktu itu anda boleh menggunakan ilmu yang didapati dalam seminar ini selain dari sebahagian dari aktiviti pembangunan modal insan untuk PPP di negeri Selangor.

Dato’ Dr. Zulkafperi B. Hj Hanapi iaitu Pengarah KESB sendiri telah memberikan taklimat dalam seminar ini.


OVERVIEW KURSUS:
 1.Pengenalan sunat
·         Definasi
·         Indikasi
·         Cara sunat konvensional
·         Cara sunat menggunakan ‘Clamp” – generasi pertama/ Generasi Kedua/ Generasi Ketiga
2.Alisklamp:  SOP Pemasangan dan Penanggalan
3.Cabaran dan kes-kes bermasalah:
             Anak yang ada perlekatan(buta)/ Anak ada Phimosis / Kes Haemophelia / Sunat Ank Gemuk /  
            Sunat Dewasa
4.Sunat Laser /Electrocautery/ Flash cutter
5.Komplikasi sunat
6.Kontraindikasi sunat  


untuk maklumat lanjut tentang AlisKlamp...Sila layari Laman Web AlisKlamp.
setiap seisi kursus,kaunter pendaftaran ahli baru dan renew ahli persatuan akan dibuka
Antara para peserta yang hadir

Petugas KESB sedang mengemaskan peralatan alisclamp

Peserta sedang mencuba Alisclamp

Dato' Dr Zulkafperi memberikan taklimat





 memberikan tunjuk ajar tentang teknik pemasangan alisclamp
Mendengar penerangan teknik pemasangan yang betul
Demo alisklamp
pemasangan teknik alisclamp secara praktikal

Tuesday, November 1, 2011

FAMILY DAY PPP SELANGOR - AKAN DITUNDA

Family Day Penolong Pegawai Perubatan Negeri Selangor yang dijadualkan akan diadakan pada bulan November/Disember ini terpaksa di tunda ke bulan Januari 2012 iaitu sekitar musim perayaan tahun baru cina. Program ini terpaksa ditunda atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan oleh pihak Jawatankuasa Persatuan. Oleh yang demikian, bagi sesiapa dari kalangan PPP yang berminat untuk menyertai Program Family Day ini bolehlah bersiap sedia dengan perancangan selanjutnya.
Jika anda inginkan maklumat lanjut atau ingin memberi sebarang cadangan sila hubungi S/U- En Syamsul ditalian 012-2622 234 @ Email = asraz74@yahoo.com