Wednesday, June 29, 2011

KONFERENS KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN


Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan  2011 telahpun berlangsung dengan jayanya pada 26-28hb Jun 2011 yang lalu. Perasmian Konferens ini dibuat oleh olehY.Bhg Dato' Hasan Bin Abdul Rahman , Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia mewakili Menteri Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan memukul gong simbolik bagi merasmikan Konferens

Seramai 728 orang peserta dari seluruh negara hadir menyertai Konferens pada kali ini dengan 40 kertas kajian telah dibentang oleh Penolong Pegawai Perubatan dalam sesi selari dan 5 sesi plenary.

Tema " Transforming Professionalism Towards People Delight " begitu berketepatan dengan keadaan semasa PPP itu sendiri.
Konferens ini juga merupakan antara Konferens yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia. Ia sebagai satu landasan bagi mengenegahkan Penolong Pegawai Perubatan yang menjalankan kajian ilmiah membentangkan kertas kajian mereka dan seterusnya menggalakkan warga PPP membuat kajian dimasa hadapan.
Diharapkan agar kejayaan penganjuran Konferens kali ini dapat diteruskan konferens pada masa akan datang dan agar pembangunan modal insan kelas pertama akan sentiasa dapat dizahirkan dari kalangan Penolong Pegawai Perubatan amnya.

 
Cenderahati kepada KPK

Peserta yang hadir memenuhi dewan utama

Antara peserta yang hadir dari seluruh Malaysia

Tetamu jemputan

Ucapan Aluan Pengerusi Konferens

Ucapan perasmian oleh KPK
Lawatan ke booth pameran
Persatuan cawangan Selangor juga turut membuka booth pameran dan jualan
KPK bersalaman dengan para peserta konferens

Pameran sejarah Profesion PPP
Presiden dan Pengerusi Konferens bersama penerima Anugerah Tokoh PPP

* Lagi gambar-gambar konferens akan diupload dalam ruangan GALERI sedikit masa lagi.....

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PENGANJURAN KONFERENS KEBANGSAAN PPP 2011

KURSUS TRANSFORMASI BUDAYA KORPORAT PEN. PEG. PERUBATAN NEGERI SELANGOR

Pn. Pengarah Hospital Banting sudi merasmikan kursus ini.
 Kursus ini diadakan pada 20 Jun 2011 di Blok Kuliah , Hospital Banting dengan dihadiri seramai 45 orang PPP dari Seluruh negeri Selangor.
Objektif kursus anjuran BPH Hospital Banting dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor ini diadakan bagi  :-
  • Merealisasikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
  • Membina 1 pasukan anggota yang PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN dan PROFESIONALISM.
  •  Membina suasana kerja yang positif dalam organisasi.
  •  Mewujudkan suasana kemesraan bekerja melalui interaksi   berkesan.
  •  Mewujudkan warga Penolong Pegawai Perubatan yang cemerlang dalam menjaga imej profesyen.
  •  Menjana dan membina diri ke arah lebih positif dan berwawasan.
  •  Mendorong diri ke arah penambahbaikan diri dan seronok bekerja.
  •  Membina imej diri yang positif dan yakin diri.
  •  Mendapat kepuasan diri dalam memberi sumbangan.
  •  Penambahbaikan komunikasi berkesan.
  •  Ke arah membina pembangunan kerjaya diri.
  •  Menjadi `role model’ kepada Penolong Pegawai Perubatan lain.

Semangatnya bercakap...

Peserta kursus

Bila nak pecah ni..???
Tiup belon pun boleh senyum...???

Cenderahati kepada penceramah dari Persatuan PP caw. Selangor