Family Day PPP Negeri Selangor 2010 yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan meriah pada 9 - 10 Oktober 2010 di KM Chalet,Kuala Linggi, Melaka. Seramai 28 bilik chalet telah ditempah dengan kehadiran peserta termasuk ahli keluarga dan anak-anak berjumlah 128 orang.Pendaftaran peserta bermula pada hari sabtu (9 oct) jam 1.30 pm berjalan lancar. Aktiviti sebelah petangnya ialah permainan bola tampar pantai dan sebahagiannya tidak melepaskan peluang untuk mandi manda dengan anak-anak.
Malam mesra yang berlangsung pada sebelah malamnya memperlihatkan bakat-bakat terpendam dengan persembahan karaoke.Pengerusi Persatuan PP Selangor, Tn Hj Mustafa Majid menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua peserta .Para peserta telah menikmati makan malam dengan ditemani deruan ombak laut selat melaka.Selain Karaoke,program malam mesra dihiasi dengan cabutan bertuah, kuiz dan ramah mesra bersama keluarga PPP.Semua peserta membawa pulang hadiah cabutan bertuah masing-masing....memang berbaloi...baloi...
Pengerusi memberikan ucapan alu-aluan |
hadiah hadiah menarik untuk cabutan bertuah |
Antara para peserta di majlis malam mesra |
BBQ dinner....mmphh...sedappp. |
Presiden Persatuan PPM menunjukan bakat berkaraoke |
menjamu selera dengan pelbagai menu BBQ |
Antara pemenang cabutan bertuah |
Selepas malam mesra....para peserta meneruskan program mengikut citarasa dan hobi masing masing.Berdasarkan dari pemerhatian.....peserta terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan pertama meneruskan hobi mereka dengan berkaraoke...Abang abang Aji bersama pasangan masing masing berduet menyampaikan lalu memori masa silam hingga lewat malam, kumpulan kedua meneruskan misi mereka dengan joran joran canggih mereka.Dengan alam laut yang terbentang luas hingga lewat dinihari, kaki pancing ini mencuba nasib untuk menaikan pari 15 kilo yang diwar-warkan oleh penduduk tempatan.Kumpulan ketiga pula sambil sembang sembang santai ditepi laut membakar jagung manis,ubi keledek dan ubi kayu untuk ''super''. Memang sedapp.....!! dan kumpulan keempat setelah penat menjamu selera , kebanyakannya kaum ibu mereka lena diulit intan dengan deruan ombak laut selat melaka...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!
Kaki joran membuat persiapan untuk menaikkan pari 15kg |
Antara pemenang sukaneka |
Sukaneka ...mengikat silatulrahim antara anak-anak PPP |
Hari kedua dimulakan dengan program Sukaneka keluarga. Acara dewasa, kanak-kanak dan keluarga menarik minat ramai peserta. Acara terompah gergasi , makan epal,kerusi muzik,gelek gelung, baling buah kelapa,berjalan dengan tempurung menghiasi acara dewasa dan yang paling menariknya....acara tarik tali...memang abang kuat!!!! ...Acara bawa bola pingpong, isi air dalam botol, bawa gelung, makan buah epal, terompah gergasi ,tiup belon sampai pecah ,baling kelapa dan mencari gula gula cukup menarik minat anak anak. Banyak hadiah hadiah menarik disediakan untuk pemenang acara sukaneka .
Johan acara baling buah kelapa....memang terror baling ni... |
Team work ......kaum ibu |
Acara paling disukai oleh kanak kanak...cari gula-gula |
Raja gelek Selangor.....A. Ramlee |
Makan dik....makan...dapat buah free....hadiah pun dapat.. |
Hebatnya abang- abang AMO.... |
Tarik...tarikk...acara paling " hot " |
Meriah...memang meriah...itulah yang dapat digambarkan pada temasya Family Day PPP Selangor kali ini. Yang pertama bukan bererti yang terakhir...Dengan permintaan yang memberangsangkan oleh para peserta kali ini...insyaallah Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor akan meneruskan Temasya family Day PPP Selangor pada tahun tahun akan datang.....tunggu...lokasi yang sesuai pada tahun 2011..
Lagi gambar-gambar menarik diruangan GALERI.
No comments:
Post a Comment