Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw. Negeri Selangor telah mengadakan POP WORKSHOP di Hospital Sg Buloh dengan kerjasama Bahagian Penyeliaan Hospital Sg Buloh.Bengkel sehari ini diadakan di Bukit Ilmu dengan dihadiri seramai 40 orang penolong pegawai perubatan dari seluruh Negeri Selangor.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dato' Hj. Zamyn Zuki B. Tan Sri Dato' Mohd Zuki iaitu Ketua Jabatan Orthopedik,Hospital Sg Buloh.
|
Penyampaian cenderahati dari Persatuan PP Selangor kepada Yg. Bhg. Dato'. | | |
|
|
|
Para peserta bengkel yang hadir di POP Workshop. |
Objektif Bengkel.
1. Meningkatkan pengetahuan peserta dalam mengendalikan kes-kes trauma dan kepatahan.
2. Mampu memanjangkan pengetahuan yang diterima kepada anggota lain ditempat kerja masing-masing.
Beberapa topik penting telah disampaikan oleh beberapa penceramah seperti Assessment on trauma patient yang disampaikan oleh Mr. Sallehuddin bin Abdullah dan Complication of fractures yang telah disampaikan oleh Dr. Tinesh. Speaker dari Korea juga telah didatangkan khas pada hari tersebut bagi menyampaikan teknik pemasangan POP yang terkini dan pada sebelah petangnya para peserta dapat membuat secara "hands on" teknik pemasangan POP ini dengan tunjuk ajar beberapa speaker dari Korea.
|
Mr. Kim Young Ho dari Korea sedang menyampaikan sesuatu berkenaan teknik pemasangan terkini POP. |
|
|
Mr. Lee Jons Han,Jurubahasa Korea sedang mempeterjemahkan bahasa supaya lebih difahami oleh peserta. |
|
|
|
Mr. Srey Sophal juga speaker dari Korea sedang memberikan taklimat. |
|
Seisi "hands on" oleh para peserta |
|
Setiap peserta mengambil bahagian dalam seisi praktikal supaya lebih berkesan. |
No comments:
Post a Comment