Tuesday, May 21, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2013

Bertempat di Dewan Sri Intan , Teluk Intan Perak telah berlangsungnya sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Perak pada 18 Mei 2013 . Walaupun pada asasnya Hari Pembantu Perubatan jatuh pada 10 March setiap tahun namun penganjuran yang sedikit terlewat ini tetap berlangsung dengan meriahnya.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah JKN Perak iaitu Dato' Dr Hjh Nordiyanah Bt Hj Hassan.
Selain dari Majlis Sambutan ini, bertempat di Menara Condong beberapa program juga telah diaturkan sempena Hari Pembantu Perubatan ini antaranya Pemeriksaan Kesihatan untuk orang awam, Demonstrasi CPR ,Pameran kerjaya PPP dan Pameran Perkhidmatan Kecemasan untuk orang awam juga diadakan pada sebelah pagi hinggalah kepetang.

Objektif utama program ini ialah bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan PPP di negeri Perak, Memartabatkan profesion dengan penglibatan PPP dalam aktiviti kemasyarakatan dan memberi sumbangan kepada badan- badan kebajikan.


Pengarah JKNP merasmikan Majlis.














Thursday, May 9, 2013

KONFERENS KEBANGSAAN PEN. PEGAWAI PERUBATAN 2013

Penyertaan dialu-alukan dari kalangan Pen. Peg. Perubatan dari seluruh negara. Tarikh tutup penyertaan 30 Mei 2013. Sila daftar segera sebelum terlewat. Pengalaman saya pada konferens yang lepas...ramai PPP yang mendaftar bila dah dekat dengan tarikh tutup dan ramai pula yang kecewa kerana tidak diterima sebagai peserta jika target peserta dah tercapai atau tarikh penyertaan dah ditutup..Jadi ,bertindak segera sebelum terlewat...maklumat lanjut layari www.pppmalaysia.com