Sunday, March 31, 2013

KURSUS TEKNIKAL PPP U41/U42 DI MARINA COVE LUMUT PERAK


Bertempat di Marina Cove ,Lumut Perak satu kursus teknikal bagi Penolong Pegawai Perubatan U41 dan U42 telahpun diadakan dari 26hb March hingga 29hb March 2013 anjuran Lembaga Pembantu Perubatan. Seramai 93 orang PPP dari seluruh Malaysia telahpun hadir pada kursus kali ini.
Majlis Perasmian kursus ini telah dilaksanakan oleh Dr Ahmad Razid Bin Salleh, Pengarah Bahagian Amalan Perubatan KKM.





Para peserta juga telah dibawa melawat Institut Perubatan Bawah Air Dan Hiperbarik , Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Wednesday, March 20, 2013

MESYUARAT AGONG PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN CAW SELANGOR

Mesyuarat Agong kali ke 5 bagi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Selangor akan diadakan pada 13 April 2013.
Seisi CME juga akan di jalankan pada sebelah paginya sebelum AGM bermula.

Semua PPP adalah dijemput hadir kemajlis AGM ini nanti...
Jamuan Makan ada disediakan .

Friday, March 15, 2013

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN

"Kelestarian Profesion Kesejahteraan Rakyat" adalah tema Hari Pembantu Perubatan pada tahun ini. Sambutan ini diadakan pada 9 March 2013 di Panview Hotel , Kuching Sarawak.
Sambutan ini telah pun dirasmikan oleh YB Dr Jerip Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak.
Dalam majlis ini juga telah dilancarkan International Clinical Conference For AMO 2014 yang akan diadakan di Kuching Sarawak pada Mei 2014.
Penyampaian Anugerah Tokoh Penolong Pegawai Perubatan ,Penyampaian sumbangan kepada NGO terpilih dan penyampaian cenderakenangan adalah sebahagian dari aturcara majlis ini.