Tunggu kemunculan Buletin ini ditempat anda sedikit masa lagi.
SEMUA YANG TERTERA DIDALAM BLOG INI ADALAH BERSUMBERKAN DARI INFO PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA CAW. NEGERI SELANGOR. ANDA DIALU-ALUKAN MENYALURKAN BERITA-BERITA PPP DITEMPAT ANDA.
Monday, December 30, 2013
BULETIN PROFESIONKU
Selamat Tahun baru 2014 kepada semua warga kerja Penolong pegawai perubatan dimana anda berada..Sempena tahun baru ini pihak Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia akan menerbitkan Buletin Profesionku yang mengandungi berita semasa, berita- berita dari negeri- negeri dan aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan sendiri.
Sunday, December 29, 2013
PENGIKTIRAFAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN PROFESION PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Tanggal 2 Disember 2013 semasa Mesyuarat Lembaga Pembantu
Perubatan kali Ke-57, PPPM telah membuat pembentangan 18 Ijazah Sarjana Muda
yang telah dan sedang diikuti oleh PPP untuk dipertimbangkan sebagai berkaitan.
Instrumen Penilaian Ijazah telah digunapakai bagi mengenalpasti tahap atau
peratusan keberkaitanan setiap subjek dengan peranan, skop tugas dan
tanggungjawab PPP. Keputusan mesyuarat berhubung perkara ini akan dimaklumkan
oleh Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan dalam sedikit masa lagi. Sama-samalah kita doakan agar keputusan yang akan dikeluarkan kelak memihak kepada Penolong Pegawai Perubatan yang telahpun mempunyai ijazah yang dipertimbangkan.
Sunday, September 29, 2013
BENGKEL PEMURNIAN PENGIKTIRAFAN IJAZAH TAK BERKAITAN
Jawatankuasa Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan telah bermesyuarat dan berbengkel dalam menyiapkan Kertas Kerja terakhir berkenaan pengiktirafan ijazah tak berkaitan dengan profesion PPP. Bengkel ini diadakan di Wisma Pembantu Perubatan dari 27/9 hingga 29/9/13.
antara yang hadir dalam bengkel ini ialah Ketua PPP iaitu Tn Hj Siri, Presiden Kesatuan PPPSM, Presiden Persatuan PPM , Presiden Elect Persatuan PPM dan semua wakil - wakil ijazah yang terlibat.
Untuk makluman , Pemurnian kertas kerja ini di buat selepas Kertas kerja ini dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Lembaga Pembantu Perubatan sebelum diangkat dan dibentangkan pada mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Harapan semua agar kesemua ijazah yang dibentangkan ini berjaya dalam pengiktirafannya sebagai sebuah ijazah yang berkaitan dengan profesion Penolong Pegawai Perubatan...Insyaallah.
Saturday, September 28, 2013
PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE 21 KESATUAN KEB. PEN. PEG PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA
Persidangan Perwakilan ini diadakan pada 25 September 2013 hingga 26 September 2013 bertempat di Hotel Quality Shah Alam Selangor.
Persidangan dwi tahunan diadakan setiap dua tahun bagi perwakilan- perwakilan negeri memberikan usul negeri masing-masing di persidangan ini.
Semua negeri di Semenanjung Malaysia mengambil bahagian dalam persidangan kali ini .
Sunday, September 15, 2013
STIKER KERETA AMO
Kepada Penolong Pegawai Perubatan yang berminat untuk memiliki Stiker kereta AMO boleh hubungi admin secara whatsapp / sms ditalian 012-2622 234. Stiker AMO ini ialah design terbaru seperti yang tertera di bawah.. Hage 1 pcs RM6. Jika anda ingin membeli secara banyak anda akan dapat 1 pcs free dengan setiap 10 pcs Stiker AMO ini..
Tuesday, August 6, 2013
Salam Aidilfitri buat warga penolong pegawai perubatan
Salam Aidilfitri buat semua warga kerja penolong pegawai perubatan di seluruh pelusuk tanahair Malaysia tercinta...samaada ppp yang akan bertugas di hari raya mahupun yang sedang dan akan bercuti...Selamat Hari Raya Aidil Fitri .. Maaf Zahir & Batin buat semua...
Saturday, July 6, 2013
Stiker kereta AMO,Tie pin dan Plaque ( Plate Kereta) istimewa untuk warga Penolong Pegawai Perubatan.
1 pcs RM55. Sepasang RM100 |
Sekadar gambar hiasan |
Ekslusif khas untuk warga PPP sahaja....Plaque darjah kebesaran (plate kereta) untuk dijual..sebagai kenangan andalah warga ppp malaysia. Dibuat daripada besi dan tidak berkarat. sesuai diletakkan di depan dan belakang kereta ( kat no plate). Limited Edition.....Harga ekslusif 1 pcs RM55. Sepasang RM100. Cepat...Sementara stok masih ada..
Juga terdapat Tie pin 1 pcs RM10 shj.
1 pcs RM 10 |
Dan juga Stiker kereta AMO 1 pcs RM6.00 shj (Terbaru)
1 pcs RM6 |
Boleh dihantar keseluruh malaysia melalui pos laju cuma tambahkan rm6 shj. Beli 3 item sekalipun masih kos posnya rm6. Untuk maklumat lanjut @ info call / whatsapp / sms / we chat admin ditalian 012-2622 234
untuk makluman...semua barangan diatas adalah limited stok...siapa cepat dia dapat...
Friday, July 5, 2013
KONFERENS KEB. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2013 - Bukit Gambang Resort City ,Kuantan Pahang.
Add caption |
"Keutuhan Jatidiri Kejituan Profesionalisma" adalah tema bagi Konferens kali ini yang diadakan di Bukit Gambang Resort ,Kuantan Pahang dari 3 hb Julai hingga 5 hb Julai 2013. Seramai lebih 500 orang peserta Penolong Pegawai Perubatan yang hadir pada Konferens kali ini.
Majlis perasmian diadakan pada malam pertama Konferens beserta majlis makan malam yang disempurnakan oleh Pengarah JKN Pahang.
Dif-dif kehormat.Pengarah JKN Pahang, Ketua PPP,Mr Kiulman Luppo & Presiden Persatuan |
Bukit Gambang Resort city |
Majlis makan malam sempena Konferens |
Persidangan Konferens bermula |
Antara peserta yang hadir |
PPP wanita pun ramai yang hadir pada konferens kali ini |
Ini merupakan kali yang pertama Persatuan Pem Perubatan membawakan seorang Physician Assistant
membicarakan persamaan dan peranan PA dan AMO di Malaysia.
Pada Seisi Plenary yang terakhir iaitu 5 Julai 2013 Dato' Dr Naran telah menyampaikan topik berkenaan "Medico Legal & Documentation - What We Missed ?" Satu topik yang begitu penting buat semua PPP dan masih ramai PPP yang masih tidak mengetahui kes-kes perundangan semasa memberikan perkhidmatan.
Tahniah kepada Jawatankuasa Konferens kerana berjaya menganjurkan Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatanan 2013 dengan baik dan teratur.
Mr Kuilman Luppo ...PA dari Netherland |
Presiden dan President Elect Persatuan PP 2013/2014. |
Lebih dari 500 peserta yang hadir |
Peserta dari HRPB Ipoh bersama admin |
Buku cenderahati Konferens |
Friday, June 7, 2013
BENGKEL PEMBANGUNAN PROFESION PPP
Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan bertempat di Hotel Grand Continental Pulau Pinang pada 4-6 hb Jun 2013.
Sebanyak 5 kertas kerja telahpun dibuat dan dibentang oleh ahli- ahli panel pada bengkel kali ini. Kertas kerja ini akan diangkat dan di bentang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa terdekat.
Ahli- ahli panel dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Ahli- ahli panel dilantik dari kalangan Pen. Peg. Perubatan dari seluruh negara termasuk sabah dan sarawak.
Kertas kerja yang dibentangkan ialah :-
1: Kertas kerja penetapan standard amalan PPP.
2: Kertas kerja cadangan hari pembantu perubatan.
3: Kertas kerja Penyelarasan pemberian BIPK.
4: kertas kerja pengiktirafan KPSL bagi lantikan U41.
5. Kertas kerja pengiktirafan ijazah sarjana dalam bidang berkaitan profesion PPP.
Tn. Hj. Siri selaku ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia merasmikan majlis pembukaan dan penutup bagi bengkel selama 3 hari ini.
Tuesday, May 21, 2013
MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2013
Bertempat di Dewan Sri Intan , Teluk Intan Perak telah berlangsungnya sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Perak pada 18 Mei 2013 . Walaupun pada asasnya Hari Pembantu Perubatan jatuh pada 10 March setiap tahun namun penganjuran yang sedikit terlewat ini tetap berlangsung dengan meriahnya.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah JKN Perak iaitu Dato' Dr Hjh Nordiyanah Bt Hj Hassan.
Selain dari Majlis Sambutan ini, bertempat di Menara Condong beberapa program juga telah diaturkan sempena Hari Pembantu Perubatan ini antaranya Pemeriksaan Kesihatan untuk orang awam, Demonstrasi CPR ,Pameran kerjaya PPP dan Pameran Perkhidmatan Kecemasan untuk orang awam juga diadakan pada sebelah pagi hinggalah kepetang.
Objektif utama program ini ialah bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan PPP di negeri Perak, Memartabatkan profesion dengan penglibatan PPP dalam aktiviti kemasyarakatan dan memberi sumbangan kepada badan- badan kebajikan.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah JKN Perak iaitu Dato' Dr Hjh Nordiyanah Bt Hj Hassan.
Selain dari Majlis Sambutan ini, bertempat di Menara Condong beberapa program juga telah diaturkan sempena Hari Pembantu Perubatan ini antaranya Pemeriksaan Kesihatan untuk orang awam, Demonstrasi CPR ,Pameran kerjaya PPP dan Pameran Perkhidmatan Kecemasan untuk orang awam juga diadakan pada sebelah pagi hinggalah kepetang.
Objektif utama program ini ialah bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan PPP di negeri Perak, Memartabatkan profesion dengan penglibatan PPP dalam aktiviti kemasyarakatan dan memberi sumbangan kepada badan- badan kebajikan.
Pengarah JKNP merasmikan Majlis. |
Thursday, May 9, 2013
KONFERENS KEBANGSAAN PEN. PEGAWAI PERUBATAN 2013
Penyertaan dialu-alukan dari kalangan Pen. Peg. Perubatan dari seluruh negara. Tarikh tutup penyertaan 30 Mei 2013. Sila daftar segera sebelum terlewat. Pengalaman saya pada konferens yang lepas...ramai PPP yang mendaftar bila dah dekat dengan tarikh tutup dan ramai pula yang kecewa kerana tidak diterima sebagai peserta jika target peserta dah tercapai atau tarikh penyertaan dah ditutup..Jadi ,bertindak segera sebelum terlewat...maklumat lanjut layari www.pppmalaysia.com
Subscribe to:
Posts (Atom)