Monday, April 16, 2012

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH KLANG DAN SHAH ALAM


Tetamu jemputan yang hadir

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis gilang gemilang iaitu Majlis Sambutan HARI PEMBANTU PERUBATAN bersama-sama anak-anak yatim dari daerah Klang dan Shah Alam pada :

Tarikh :   30 March 2012 (Jumaat).
Masa   :   8.00 malam .
Tempat : Klang Executive Club (KEC), Klang.

Pada majlis ini, seramai lebih 200 penolong pegawai perubatan dari seluruh Selangor telah hadir. Selain itu program sosial Persatuan dengan menjemput bersama-sama meraikan majlis ini anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudatul Ikhwan,Shah Alam dan Pertubuhan Anak Yatim Alkhairiyah, Sg Pinang Klang. Tidak terkecuali juga Pemberian sumbangan kewangan diberikan kepada Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong dalam majlis ini bagi tujuan sosial iaitu membantu orang-orang yang memerlukan.

Majlis seumpama ini adalah julung-julung kali dianjurkan sejak pengwujudan Profesion Pembantu Perubatan pada tahun 1786. Majlis ini telahpun dirasmikan oleh Yg Bhg Dato’ Dr.Hj. Azman B. Hj. Abu Bakar (Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor).

Objektif Majlis :-

  1. Pengiktirafan kepada Profesion Pembantu Perubatan.
  2. Memberikan penghargaan kepada semua ahli-ahli pembantu perubatan di negeri Selangor
  3. Melaksanakan tanggungjawab sosial Profesion kepada masyarakat yang memerlukan.
  4. Menjalinkan hubungan masyarakat setempat dengan ahli-ahli Pembantu Perubatan, secara tidak langsung dapat mempromosikan kempen-kempen Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).
 Pengisian majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyayian dari artis jemputan iaitu Nash Ashri. 

 
Ucapan Perasmian Pengarah JKNS

Ucapan Alu-aluan dari Pengerusi Persatuan PP Selangor
 
Anak-anak yatim dari Rumah Raudatul Ikhwan Shah Alam

Antara yang memeriahkan majlis

Anak-anak yatim dari Rumah anak yatim Sg Pinang Klang

Lebih 200 peserta yang hadir dalam majlis ini

peserta dari seluruh negeri Selangor

Persembahan dari anak-anak yatim raudatul Ikhwan


Sumbangan hamper kepada anak-anak yatim