Sunday, February 28, 2010

KURSUS 'ENT EMERGENCIES ' DI HTAR KLANG

Kursus " Ent Emergencies " anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Negeri Selangor ini diadakan pada 23 Februari 2010.Kursus sehari ini adalah siri pertama kursus yang dianjurkan oleh Persatuan pada tahun 2010 ini. Seramai 50 Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri selangor meliputi PPP yang bertugas di Hospital / Klinik / PKD / PGA mengikuti kursus ini yang diadakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.Ucapan Perasmian Kursus disempurnakan oleh Timbalan Pengarah HTAR Klang iaitu Dr Mohamad A. Majid manakala ucapan penutup diberikan oleh Tn Hj. Mustafa Abd Majid-Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Selangor. 

Sesi Pendaftaran peserta Kursus "ENT Emergencies"

Peserta sedang tekun menjawab "Pre Test"

Antara para peserta Kursus

Pengerusi Persatuan memberikan cendehahati kepada
Dato' Dr. Rasan -Ketua jabatan ORL HTAR Klang .

KOPERASI PEMBANTU PERUBATAN SELANGOR BERHAD (KoPPS)

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) pada 20 Februari 2010 iaitu bilangan 2/2010 bertempat di Wisma Pembantu Perubatan,Reko Sentral Kajang telah membentangkan dan membincangkan projek Koperasi (KoPPS).Projek permulaan KoPPS dalam masa terdekat ini ialah dalam bidang latihan Am/Spesifik,Latihan berasaskan ICT dan Pencucian bangunan.

Setakat ini seramai 52 Penolong Pegawai Perubatan yang telah menjadi ahli Koperasi. KoPPS amat mengalu-alukan penyertaan dari semua PPP di Negeri Selangor untuk menjadi ahli KoPPS.Usaha untuk menggerakkan pendaftaran keahlian KoPPS akan dipergiatkan keseluruh Negeri Selangor dalam masa terdekat.
 
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang boleh dihubungi untuk maklumat lanjut :-
1. Hj Mustafa Abd Majid ( Pengerusi).
2. Hj Jaafar Md Sharif ( Bendahari).
3. En. Mohd Azmi Osman (Setiausaha).
4. Hj Idris B. Mohd Nor.
5. En. Mansor J.A. Fenner.
6. En. Ahmad Syamsul Rezali.
7. En. Mohan Chitran.
8. Hj Mohd Radzi Abdullah.
9. Hj Hassan Ahmad.
10.En. Mohd Ngazuan Abd Maei.

Friday, February 26, 2010

SESI ZIARAH BEKAS ANGGOTA PPP


Pada 24 Januari 2010 Jawatankuasa Persatuan Pem. Perubatan Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan mesyuarat pertama persatuan bagi tahun 2010.Selesai bermesyuarat semua ahlijawatankuasa yang terdiri dari Pengerusi-Hj Mustafa Majid,Setiausaha-En. Ahmad Syamsul Rezali,AJK-En Mohan Chitran dan En. Zulhelmi telah berkesempatan menziarahi bekas anggota PPP yang sedang uzur iaitu Tn. Hj. Md Noh dikediamannya di Klang,Selangor.

Beliau sungguh terharu menerima kedatangan kami semua.Semoga Tn. Hj. Md Noh bersabar mengharungi cabaran yang dihadapinya.Sesi ziarah ini adalah yang pertama dirancang oleh pihak persatuan bagi tahun ini.Sesi ziarah seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dan akan di perluaskan keseluruh negeri Selangor.

KLINIK 1 MALAYSIA

Klinik 1 Malaysia yang dicadangkan oleh PM telahpun dirasmikan dan telah beroperasi di seluruh negara.Anggaplah Pembukaan Klinik 1 Malaysia ini sebagai satu cabaran kepada Profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP).Laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dengan komited menepati tema Konferens PPP 2009 iaitu "Embrance Compentency,Propel Professionalism".