SEMUA YANG TERTERA DIDALAM BLOG INI ADALAH BERSUMBERKAN DARI INFO PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA CAW. NEGERI SELANGOR. ANDA DIALU-ALUKAN MENYALURKAN BERITA-BERITA PPP DITEMPAT ANDA.
Friday, April 19, 2013
Tuesday, April 16, 2013
MAKLUMAN
ASSALAMUALAIKUM..& SALAM SEJAHTERA
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.
Mulai tarikh dan ketika ini,blog ini tidak lagi menyiarkan berita-berita semasa Persatuan Pem Perubatan Selangor tetapi apa yang dicoretkan selepas ini hanyalah pandangan peribadi penulis atau info-info PPP terbaru yang di ketahui oleh penulis. Oleh yang demikian ,Persatuan PP Selangor tidak lagi bertanggungjawab dalam sebarang kesilapan info yang terkandung dalam blog ini.
HARAP MAKLUM.
Sunday, April 14, 2013
SAMBUTAN HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Majlis sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan peringkat negeri Selangor yang telah diadakan pada 13 hb April 2013 di KEC Klang telahpun dirasmikan oleh Yg Bhg Dato’ Dr.Hj. Azman B.
Hj. Abu Bakar (Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor).
Pelbagai acara telah dijalankan pada malam tersebut dengan dihadiri oleh Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri Selangor.
Pelbagai acara telah dijalankan pada malam tersebut dengan dihadiri oleh Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri Selangor.
![]() |
| Pengerusi Majlis sambutan Tn Hj Mustafa menyampaikan ucapan aluan |
![]() |
| Yg Bhg Dato’ Dr.Hj. Azman B.
Hj. Abu Bakar merasmikan majlis sambutan
|
![]() |
| persembahan warna warni |
![]() |
| Dif-Dif Kehormat menjamu selera |
![]() |
| Antara tetamu yang hadir |
![]() |
| Penyanyi jemputan A. Ramlie...Era 2000. |
Sunday, March 31, 2013
KURSUS TEKNIKAL PPP U41/U42 DI MARINA COVE LUMUT PERAK
Bertempat di Marina Cove ,Lumut Perak satu kursus teknikal bagi Penolong Pegawai Perubatan U41 dan U42 telahpun diadakan dari 26hb March hingga 29hb March 2013 anjuran Lembaga Pembantu Perubatan. Seramai 93 orang PPP dari seluruh Malaysia telahpun hadir pada kursus kali ini.
Majlis Perasmian kursus ini telah dilaksanakan oleh Dr Ahmad Razid Bin Salleh, Pengarah Bahagian Amalan Perubatan KKM.
Para peserta juga telah dibawa melawat Institut Perubatan Bawah Air Dan Hiperbarik , Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Wednesday, March 20, 2013
MESYUARAT AGONG PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN CAW SELANGOR
Mesyuarat Agong kali ke 5 bagi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Selangor akan diadakan pada 13 April 2013.
Seisi CME juga akan di jalankan pada sebelah paginya sebelum AGM bermula.
Semua PPP adalah dijemput hadir kemajlis AGM ini nanti...
Jamuan Makan ada disediakan .
Seisi CME juga akan di jalankan pada sebelah paginya sebelum AGM bermula.
Semua PPP adalah dijemput hadir kemajlis AGM ini nanti...
Jamuan Makan ada disediakan .
Friday, March 15, 2013
SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN
"Kelestarian Profesion Kesejahteraan Rakyat" adalah tema Hari Pembantu Perubatan pada tahun ini. Sambutan ini diadakan pada 9 March 2013 di Panview Hotel , Kuching Sarawak.
Sambutan ini telah pun dirasmikan oleh YB Dr Jerip Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak.
Dalam majlis ini juga telah dilancarkan International Clinical Conference For AMO 2014 yang akan diadakan di Kuching Sarawak pada Mei 2014.
Penyampaian Anugerah Tokoh Penolong Pegawai Perubatan ,Penyampaian sumbangan kepada NGO terpilih dan penyampaian cenderakenangan adalah sebahagian dari aturcara majlis ini.

Saturday, February 23, 2013
Mesyuarat agong Kopps
Mesyuarat Agong KoPPS telahpun berlangsung pada 2 Februari yang lepas..Mesyuarat ini telahpun dirasmikan oleh Tn Hj Siri iaitu Ketua Penolong Pegawai Perubatan yang juga salah seorang anggota Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Bhd.
Banyak perancangan yang telah dicadangkan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat anggota lembaga koperasi bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan KoPPS dimasa hadapan.
Tahun ini diberikan dividen 6%...maka insyaallah jika pendapatan kekal bertambah maka tidak mustahil dividen pada tahun tahun akan datang akan lebih dari masa sekarang.
Oleh yang demikian diharapkan agar para Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh Malaysia dapat menjadi anggota Kopps dan seterusnya dapat memberikan kesan yang positif kepada ekonomi masing-masing.
Bagi maklumat berkenaan Kopps ataupun ingin menjadi anggota kopps sila hubungi Tn Hj Mustafa ..Email : mustafa9@yahoo.com

| Majlis Perasmian AGM oleh Tn Hj Siri |
![]() |
| Anggota Lembaga KoPPS |
![]() |
| Antara ahli yang hadir AGM |
Wednesday, January 9, 2013
DIVIDEN 6% KEPADA PEMEGANG SAHAM KoPPS
MAKLUMAN KEPADA SEMUA
Ahli Lembaga Koperasi & Juruaudit luar telah perakukan pembayaran Dividen sebanyak 6%
( tertakluk kpd kelulusan Mesyuarat Agung pada 2/2/2013)
kepada semua pemegang saham
Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad.
Semua pemegang saham KoPPS bolehlah mendapatkan dividen ini semasa mesyuarat Agung KoPPS pada 2 Februari 2013.
Sesiapa yang berminat untuk menganggotai KoPPS bolehlah menghubungi ALK KoPPS segera...
Simpanan untuk masa depan anda dan keluarga.
NOTIS MESYUARAT AGUNG KOPERASI PP SELANGOR BHD
Maklumat Mesyuarat Agung
Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga.
Membentang Laporan Tahunan 2011/2012
Tarikh : 02 Februari 2013 (Hari Sabtu)
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Dewan Ilmiah, HTAR, Klang.
Perasmian : Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Elaun Kehadiran RM 20.00
Sekian, terima kasih.
Tuesday, August 7, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
SELURUH AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
DAN MAAF ZAHIR BATIN.
ERATKAN SIRATULRAHIM,
BERSIHKAN MINDA DAN TEKADKAN KESUNGGUHAN ANDA.
PPP BERJAYA..
Subscribe to:
Posts (Atom)