Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Kursus (Bengkel ) PembangunanSoalanPeperiksaan Program Diploma Pembantu Perubatan Sektor Awam / Swasta

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan kerjasama KoPPS akan menganjurkan kursus khas bagi melatih bakal pemeriksa /penilai peperiksaan Pembantu Perubatan mengikut garis panduan yang di tetapkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan.
Peserta  yang digalakkan hadir adalah dari kalangan Pensyarah Pembantu Perubatan, Pengajar Klinikal dan Penolong Pegawai Perubatan yang terlibat dalam Program Diploma Pembantu Perubatan dan  berminat untuk menjadi pemeriksa / penilai pada masa hadapan.


Kandungan Kursus

·         Konsep penilaiaan Program ASKB.

·         Pembinaan soalanobjektif ( MCQ, single response dan true or false ).

·         Pembinaan soalan essay ( MEQdan SEQ ).

·         Konsep‘reliability ‘dan‘ validity’soalan.


Bayaran : RM 350.00, termasuk kos nota, makan tengahari dan minum pagi & petang.

Tempat : Prescott Metro InnKajang, 43000 Kajang, Selangor. 


Tarikh Kursus:
09 Disember 2011( Jumaat– mula jam 3.00 ptg.)  hingga11 Disember 2011 ( Ahad )

Pertanyaan / Booking tempat hubungi Penyelaras Program :
Hj. Mustafa Bin Abd. Majid  -  012-2536082.
email :  mustafamajid9@yahoo.com

Friday, July 29, 2011

Kursus Pemeriksa OSCE ( Objective Structured Clinical Examination ) untuk Penolong Pegawai Perubatan



KURSUS  (BENGKEL) PEMERIKSA ‘OSCE’ ( OBJECTIVE STRUCTURED CLINICAL EXAMINATION ) BAGI PPP YANG BERKHIDMAT SEBAGAI ‘LOCAL PRECEPTOR’ / ‘CLINICAL INSTRUCTOR’ DALAM PROGRAM LATIHAN DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN. 

TARIKH  ; 8 HINGGA 11 SEPTEMBER 2011. 
TEMPAT ; Kolej Islam Sains & Teknologi, Kampus Utama, Bachok, Kelantan.
YURAN  ; RM 500 (Termasuk makan minum dan nota ).


Objektif :
1      Pemeriksa akan di dedahkan kepada perkara-perkara dasar pembelajaran  dengan memberi penekanan kepada perjalanan latihan dan peperiksaan

2       Mengadakan satu standard penilaian amali yang samarata yang lebih fokus kepada elemen penting dalam tugas Pembantu Perubatan.

3       Meningkatkan mutu penilaian dan menentukan “outcome’ sesuatu peperiksaan tidak berbeza dengan ketara diantara satu pusat dan pusat yang lain.
Kandungan Kursus :

1. Konsep penilaiaan dalam Peperiksaan ‘OSCE’.

2. Objektif dan matlamat Peperiksaan ‘OSCE’.

3. Tatacara dalam pengendalian Peperiksaan ‘OSCE’.
  
4. ‘Reliability ‘ dan ‘ validity’ penilaian Peperiksaan ‘OSCE’.


Kursus ini di anjurkan oleh Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan kerjasama Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad selaku Sekretariat Kursus.

Untuk pertanyaan @ pendaftaran sila hubungi :
            Penyelaras Program :   Hj. Mustafa Bin Abd. Majid  -  012-2536082.
                email :  mustafamajid9@yahoo.com
 

Wednesday, June 29, 2011

KURSUS TRANSFORMASI BUDAYA KORPORAT PEN. PEG. PERUBATAN NEGERI SELANGOR

Pn. Pengarah Hospital Banting sudi merasmikan kursus ini.
 Kursus ini diadakan pada 20 Jun 2011 di Blok Kuliah , Hospital Banting dengan dihadiri seramai 45 orang PPP dari Seluruh negeri Selangor.
Objektif kursus anjuran BPH Hospital Banting dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor ini diadakan bagi  :-
  • Merealisasikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
  • Membina 1 pasukan anggota yang PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN dan PROFESIONALISM.
  •  Membina suasana kerja yang positif dalam organisasi.
  •  Mewujudkan suasana kemesraan bekerja melalui interaksi   berkesan.
  •  Mewujudkan warga Penolong Pegawai Perubatan yang cemerlang dalam menjaga imej profesyen.
  •  Menjana dan membina diri ke arah lebih positif dan berwawasan.
  •  Mendorong diri ke arah penambahbaikan diri dan seronok bekerja.
  •  Membina imej diri yang positif dan yakin diri.
  •  Mendapat kepuasan diri dalam memberi sumbangan.
  •  Penambahbaikan komunikasi berkesan.
  •  Ke arah membina pembangunan kerjaya diri.
  •  Menjadi `role model’ kepada Penolong Pegawai Perubatan lain.

Semangatnya bercakap...

Peserta kursus

Bila nak pecah ni..???
Tiup belon pun boleh senyum...???

Cenderahati kepada penceramah dari Persatuan PP caw. Selangor

Friday, August 6, 2010

POP WORKSHOP DI HOSPITAL SG. BULOH

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw. Negeri Selangor telah mengadakan POP WORKSHOP di Hospital Sg Buloh dengan kerjasama Bahagian Penyeliaan Hospital Sg Buloh.Bengkel sehari ini diadakan di Bukit Ilmu dengan dihadiri seramai 40 orang penolong pegawai perubatan dari seluruh Negeri Selangor.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dato' Hj. Zamyn Zuki B. Tan Sri Dato' Mohd Zuki iaitu Ketua Jabatan Orthopedik,Hospital Sg Buloh.

Penyampaian cenderahati dari Persatuan PP Selangor kepada Yg. Bhg. Dato'.

Para peserta bengkel yang hadir di POP Workshop.


Objektif Bengkel.
1. Meningkatkan pengetahuan peserta dalam mengendalikan kes-kes trauma dan kepatahan.
2. Mampu memanjangkan pengetahuan yang diterima kepada anggota lain ditempat kerja masing-masing.

Beberapa topik penting telah disampaikan oleh beberapa penceramah seperti Assessment on trauma patient yang disampaikan oleh Mr. Sallehuddin bin Abdullah dan  Complication of fractures yang telah disampaikan oleh Dr. Tinesh. Speaker dari Korea juga telah didatangkan khas pada hari tersebut bagi menyampaikan teknik pemasangan POP  yang terkini dan pada sebelah petangnya para peserta dapat membuat secara "hands on" teknik pemasangan POP ini dengan tunjuk ajar beberapa speaker dari Korea.

Mr. Kim Young Ho dari Korea sedang menyampaikan sesuatu berkenaan teknik pemasangan terkini POP.

Mr. Lee Jons Han,Jurubahasa Korea sedang mempeterjemahkan bahasa supaya lebih difahami oleh peserta.

Mr. Srey Sophal juga speaker dari Korea sedang memberikan taklimat.

Seisi "hands on" oleh para peserta

Setiap peserta mengambil bahagian dalam seisi praktikal supaya lebih berkesan.

Wednesday, May 12, 2010

KURSUS "EMERGENCY MANAGEMENT FOR AMO- A STEP FURTHER"


Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan kursus seperti tajuk diatas pada 26 Mei 2010 bertempat di Dewan Bistari Hospital kajang.Beberapa tajuk telah dibentangkan dalam kursus sehari ini seperti tajuk  "Eagle eye concept’ in trauma yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma iaitu Dr Norzilah binti Abu Zahrin. Tajuk " Failure to Intubate / Difficulty Intubation"  disampaikan pula oleh Dr Vickneswary Thangadurai - Ketua Jabatan Anestisiologi .Topik " Fever emergencies with Fluid Resuscitation" pula telah dibentangkan oleh Dr Kow Ken Siong iaitu Ketua Jabatan Perubatan serta tajuk tentang " Orthopedic emergencies /Spinal Injury "  disampaikan oleh Mr Ruzaimi bin Mohd Yusof iaitu Ketua Jabatan Orthopedik,Hospital kajang. 

Seramai 50 Penolong Pegawai Perubatan telah menyertai kursus sehari ini dari seluruh Negeri Selangor.
                                 Seisi perasmian Kursus di Dewan Bistari,Hospital Kajang.

                                 Antara peserta yang menyertai kursus ini.

                                Para peserta sedang mendengar ceramah yang diberikan .

Sunday, February 28, 2010

KURSUS 'ENT EMERGENCIES ' DI HTAR KLANG

Kursus " Ent Emergencies " anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Negeri Selangor ini diadakan pada 23 Februari 2010.Kursus sehari ini adalah siri pertama kursus yang dianjurkan oleh Persatuan pada tahun 2010 ini. Seramai 50 Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri selangor meliputi PPP yang bertugas di Hospital / Klinik / PKD / PGA mengikuti kursus ini yang diadakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.Ucapan Perasmian Kursus disempurnakan oleh Timbalan Pengarah HTAR Klang iaitu Dr Mohamad A. Majid manakala ucapan penutup diberikan oleh Tn Hj. Mustafa Abd Majid-Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Selangor. 

Sesi Pendaftaran peserta Kursus "ENT Emergencies"

Peserta sedang tekun menjawab "Pre Test"

Antara para peserta Kursus

Pengerusi Persatuan memberikan cendehahati kepada
Dato' Dr. Rasan -Ketua jabatan ORL HTAR Klang .