Showing posts with label berkhatan. Show all posts
Showing posts with label berkhatan. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Seperti tahun -tahun sebelumnya,cuti persekolahan pada tahun ini telah dipenuhi dengan aktiviti Program berkhatan beramai-ramai iaitu salah satu aktiviti tahunan utama oleh Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor.
Program ini yang telahpun diadakan di Masjid Hisamudin Bandar baru Salak tinggi,Sepang dan Masjid Asy-Syarif Meru telah berjalan dengan jayanya oleh ahli-ahli Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia cawangan Negeri Selangor.
Program berkhatan yang diadakan di Penjara Kajang ialah pada 20 November diikuti dengan Masjid Hisamudin Bandar Baru Salak Tinggi diadakan pada 26 November dan pada 27 November telah diadakan di Masjid Asy-Syarif Meru,Klang.

Sekitar Program berkhatan di Masjid Asy-Syarif Meru, Klang.
Sedang menenangkan kanak-kanak yang akan dikhatankan

Antara PPP Selangor yang terlibat 
Penolong Pegawai Perubatan wanita yang mengambil bahagian
Antara AJK Masjid yg membantu melancarkan program
Program berkhatan yang diadakan di Masjid As-Syarif Meru Klang  diadakan dengan kerjasama antara Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor dengan Masjid As-Syarif Meru, JKKK Kg Meru dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru.
Majlis Perasmian Program berkhatan di Meru ini telahpun diadakan pada sebelah malamnya iaitu pada 26 November selepas solat Isyak. Acara Khatam Quran dan perarakan kanak-kanak berkhatan dimulakan sebelum majlis perasmian yang dibuat oleh YB Dr. Hj Abdul Rani Osman (ADUN Meru).
Seramai 110 orang kanak-kanak telah berjaya dikhatankan tanpa ada sebarang komplikasi.

Program Berkhatan beramai-ramai akan datang ialah pada 3 Disember 2011 di Penjara Kajang dan 10 Disember 2011 bertempat di Surau Nur Hidayah, Seksyen 24 Shah Alam .
Dijemput semua ahli-ahli Persatuan Pembantu Perubatan beramai-ramai mengambil bahagian dalam program amal ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi  012-2622234.

Monday, August 1, 2011

BORANG PERMOHONAN UNTUK PROGRAM BERKHATAN

Dimaklumkan bahawa Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor akan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan iaitu beberapa siri program berkhatan beramai-ramai yang akan dianjurkan di beberapa lokasi yang akan dikenalpasti pada bulan November dan Disember 2011.

Permohonan untuk petugas-petugas program berkhatan ini dibuka sekarang. Borang permohonan boleh didapati di sini....
atau anda boleh pergi keruangan BORANG.

Tarikh tutup : 31 Oktober 2011
Borang permohonan bolehlah di fax kepada 03-33756368.
atau Emailkan kepada ppp.selangor@yahoo.com.
Hanya pemohon yang menghantar borang permohonan dan diterima oleh pihak persatuan sahaja akan dipanggil bertugas pada masa yang akan ditetapkan nanti.


Sunday, December 5, 2010

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Program Berkhatan beramai-ramai di tempat seperti berikut ;-

1. Sekolah Kebangsaan Sg kapar Indah pada 28 November 2010.
2. Penjara Kajang pada 4 December 2010.
3. Masjid Badariah Kapar pada 5 December 2010.

Semua Program berkhatan tersebut dijalankan dengan anjuran bersama dengan penduduk-penduduk setempat. Program khidmat sosial ini telahpun dijalankan setiap tahun dilokasi-lokasi yang tertentu dan pada tahun ini sebanyak 3 tempat berlainan telah pun berjaya dijalankan.
Program seumpama ini akan terus dijalankan pada tahun tahun hadapan dengan sokongan semua Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor.

Plak yang telah dihadiahkan oleh Masjid Badariah,Kapar

Menjamu selera selepas tamatnya program berkhatan..amin..