Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MALAYSIA

Persatuan Pembantu Perubatan malaysia telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sambutan hari istimewa bagi semua Penolong Pegawai Perubatan iaitu Hari Penolong Pegawai Perubatan Malaysia. Satu cadangan tarikh telah diusulkan iaitu tarikh Akta 180 Pembantu Perubatan yang diterbitkan dalam warta. Tarikh yang dicadangkan ialah 10 March setiap tahun. Untuk pengetahuan Akta 180 Pembantu Perubatan diwartakan pada 10 March 1977. Cadangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Agong Persatuan untuk kelulusan ahli mesyuarat.
Sekiranya tuan-tuan ada cadangan dan pandangan sila usulkan kepada pihak admin.

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


Pada tahun 2010 ini, Pengajian Diploma Pembantu Perubatan bukan sahaja ditawarkan oleh Kolej-kolej Pembantu Perubatan ,Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi beberapa Kolej swasta juga turut menawarkan pengajian Diploma Pembantu Perubatan ini kepada pelajar-pelajar lepasan SPM.

Semoga dengan perkembangan yang positif ini dapat menangani kekurangan graduan penolong pegawai perubatan dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan  dan profesion Penolong Pegawai Perubatan amnya.
Senarai Kolej- kolej yang menawarkan program diploma pembantu perubatan .

Kementerian Kesihatan Malaysia,
- Kolej Pembantu Perubatan Seremban,N 9.
- Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ,Perak.
- Kolej Pembantu Perubatan Alor Star,Kedah.
- Kolej Pembantu Perubatan Kuching,Sarawak.

Kolej Swasta
- Institut  I System  ( Klang / Kuching / Johor Baharu / Bukit Mertajam ).
- KIST, Kelantan.
- MSU ,Shah Alam.
- Kolej Shahputra, Kuantan.
- Kolej Kejururawatan Murni , Nilai.
- UNIKL.
- PTPL ,Sg Petani.
- Kolej Teknologi & Profesional Indera Kayangan, Perlis.

Monday, August 2, 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL

Pada 31 Julai 2010, EXCO Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah mengadakan mesyuarat EXCO bertempat di Wisma Pembantu Perubatan ,Kajang. Beberapa perkara telah diperbincangkan dalam Mesyuarat kali ini yang bermula jam 9.00 pagi .Mesyuarat berhenti rehat untuk memberi ruang kepada ahli mesyuarat mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil selepas solat zohor.Mesyuarat bersambung semula sehingga tamat pada pukul 4.00 petang.


Mesyuarat EXCO PPPM  dipengerusikan oleh Tn. Presiden.




Majlis bacaan Yassin dan tahlil.

Monday, May 10, 2010

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI WISMA PEMBANTU PERUBATAN

Pada 30 April 2010 ,Satu Majlis Penyerahan kunci Wisma Pembantu Perubatan kepada penyewa iaitu LPPKN yang dihadiri oleh Pengarah LPPKN Negeri Selangor,Pn. Rinawati Bt Mohamed Nawawi bertempat di Wisma Pembantu Perubatan,Reko Sentral Kajang telah diadakan.Oleh yang demikian,Dengan ini secara rasminya Bangunan Wisma Pembantu Perubatan Aras bawah dan Aras satu telah disewa bermula Februari 2010 dengan kadar sewa RM5000.00 sebulan.

Thursday, May 6, 2010

DALAM KENANGAN

Pada 1 Mei 2010,Wakil dari Persatuan dan Kesatuan Cawangan Negeri Selangor telah menziarahi keluarga mendiang Mageswaran A/L Rangan yang tinggal di kuarters Hospital Serdang.
Mendiang Mageswaran ialah Penolong Pegawai Perubatan U32 yang bertugas di Hospital Serdang dan telah meninggal pada bulan Mac 2010 yang lepas. Mendiang telah meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak.
Kehadiran wakil daripada Persatuan dan Kesatuan Cawangan Negeri Selangor adalah sebagai tanda penghargaan buat bekas PPP dan telahpun menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang.

Thursday, April 29, 2010

PERGINYA SEORANG MANTAN PPP

Tanggal 24 April 2010 selepas Maghrib,Allahyarham Hj Md Noh Bin Zakaria,mantan Ketua Penyelia Hospital,HTAR Klang telah kembali kerahmatullah dirumahnya di Klang,Selangor.Pada Bulan Januari yang lepas,jawatankuasa Persatuan Pembantu Perubatan Selangor berkesempatan melawat beliau yang sedang keuzuran pada ketika itu.Upacara pengebumian jenazah telah dijalankan pada keesokannya dengan dihadiri oleh beberapa kenalan Allahyarham termasuk wakil dari Persatuan dan Kesatuan Pembantu Perubatan Selangor.Kami warga Penolong Pegawai Perubatan Negeri Selangor dan Persatuan Pembantu Perubatan Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang orang yang beriman....amin....Al-Fatihah...

Pada 5 Mei 2010 ,Wakil daripada Persatuan dan Kesatuan Cawangan Negeri Selangor telah menziarahi keluarga Allahyarham dan menyampaikan sumbangan tanda mengenang jasa beliau selama ini terutamanya dalam aktiviti Persatuan dan Kesatuan.

Friday, February 26, 2010

SESI ZIARAH BEKAS ANGGOTA PPP


Pada 24 Januari 2010 Jawatankuasa Persatuan Pem. Perubatan Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan mesyuarat pertama persatuan bagi tahun 2010.Selesai bermesyuarat semua ahlijawatankuasa yang terdiri dari Pengerusi-Hj Mustafa Majid,Setiausaha-En. Ahmad Syamsul Rezali,AJK-En Mohan Chitran dan En. Zulhelmi telah berkesempatan menziarahi bekas anggota PPP yang sedang uzur iaitu Tn. Hj. Md Noh dikediamannya di Klang,Selangor.

Beliau sungguh terharu menerima kedatangan kami semua.Semoga Tn. Hj. Md Noh bersabar mengharungi cabaran yang dihadapinya.Sesi ziarah ini adalah yang pertama dirancang oleh pihak persatuan bagi tahun ini.Sesi ziarah seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dan akan di perluaskan keseluruh negeri Selangor.