Tanggal 2 Disember 2013 semasa Mesyuarat Lembaga Pembantu
Perubatan kali Ke-57, PPPM telah membuat pembentangan 18 Ijazah Sarjana Muda
yang telah dan sedang diikuti oleh PPP untuk dipertimbangkan sebagai berkaitan.
Instrumen Penilaian Ijazah telah digunapakai bagi mengenalpasti tahap atau
peratusan keberkaitanan setiap subjek dengan peranan, skop tugas dan
tanggungjawab PPP. Keputusan mesyuarat berhubung perkara ini akan dimaklumkan
oleh Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan dalam sedikit masa lagi. Sama-samalah kita doakan agar keputusan yang akan dikeluarkan kelak memihak kepada Penolong Pegawai Perubatan yang telahpun mempunyai ijazah yang dipertimbangkan.

