Thursday, December 25, 2014

TABUNG BANTUAN KECEMASAN MANGSA BANJIR


Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia 
telah mewujudkan tabung bantuan kecemasan mangsa banjir . Semua sumbangan akan diberikan kepada PPP yang terkesan dengan banjir . Semua PPP dialu- alukan memberi sumbangan ikhlas kepada sahabat- sahabat kita yang memerlukan.
Sama-samalah kita menderma untuk kebajikan PPP.
Hari ni hari mereka...esok lusa mungkin kita pula.

Sumbangan bolehlah disalurkan ke 
Akaun Maybank 014150309143 
(Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia)

 Jom menderma.  #pppmalaysia.com

Saturday, November 1, 2014

NATIONAL CONFERENCE OF ASSISTANT MEDICAL OFFICER 2015

Flyers berkenaan National Conference of Assistant Medical Officer 2015 pada 11-13 hb Mei 2015 di MITC Melaka. Rancang tempat anda disini. Surat penyertaan , flyers dan borang penyertaan akan diedarkan ke semua ketua PPP negeri untuk edaran .


Anda boleh isi form dibawah dah hantar ke email yang disertakan didlm flyers atau form untuk mendaftar.

 JUMPA ANDA DISANA....2015.

Friday, August 15, 2014

IJAZAH YANG BERKAITAN DENGAN PPP

Ijazah sarjana muda yang telah diluluskan untuk takrifan berkaitan dengan Penolong Pegawai Perubatan yang telah disahkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan.


Sila rujuk Buletin Profesionku Bil 2/14 keluaran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia untuk maklumat lanjut.

Wednesday, August 13, 2014

SEMINAR PEN. PEGAWAI PERUBATAN PERAK


Seminar Penolong Pegawai Perubatan Perak telah diadakan pada 18-19 Jun 2014 di Hospital Bahagia Ulu Kinta. Peserta terdiri dari PPP seluruh Negeri Perak.







Wednesday, August 6, 2014

Friday, May 16, 2014

MAJLIS PERSARAAN KETUA PEN. PEG. PERUBATAN

Majlis persaraan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Tn Hj Siri Bin Narudin telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina,Kompleks E, Putrajaya pada 9 Mei 2014. 
Majlis telah diserikan dengan tetamu jemputan iaitu Ketua Pengarah Kesihatan KKM Y. Bhg Datuk Seri Dr Noor Hisham Bin Abdullah. Timbalan Ketua PPP juga berada dalam majlis ini.
Majlis diserikan dengan penyampaian watikah dan cenderamata kepada orang yang diraikan.
Dan akhirnya upacara mengetik Kad Perakam Waktu buat kali terakhir diadakan simbolik dengan berakhirnya tugas beliau sebagai seorang Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia.








Admin mengucapkan semoga mantan ketua PPP , Tn Hj Siri Bin Narudin  beroleh kejayaan dialam baru beliau dengan lebih cemerlang dan berbahgia disamping keluarga tercinta. 







Wednesday, May 7, 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG OLEH PERSATUAN PPM DAN KESATUAN PPPSM

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dan Kesatuan Pen. Peg. Perubatan Sem. Malaysia telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena meraikan persaraan Ketua Pen. Pegawai Perubatan Malaysia Tn Hj. Siri pada 3 Mei 2014 bersamaan pada hari sabtu di Bangi Golf Resort.

PPPM mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia...Tn Hj Siri atas pengorbanan beliau selama ini atas mengukuhkan dan memartabatkan Profesion Penolong Pegawai Perubatan. Di majlis ini, PPPM dan KPPPSM menyampaikan cenderahati kepada beliau.








Sunday, May 4, 2014

MESYUARAT EXCO PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA





Mesyuarat EXCO Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bil 2/2014 telah berlangsung di Wisma Pembantu Perubatan Reko Sentral Kajang pada 3 Mei 2014. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh Tn Hj Siri iaitu Selaku Penasihat Persatuan PPM ini. Semua anggota AMT persatuan dan juga EXCO dari cawangan negeri-negeri hadir dalam mesyuarat ini.
Beberapa Agenda telah diperbincangkan dan juga ada yang telah diputuskan dalam mesyuarat kali ini.
Laporan aktiviti dan perancangan dari cawangan negeri juga dikemukakan pada mesyuarat kali ini.
Berita yang mengembirakan semua PPP berkaitan pengiktirafan ijazah yang berkaitan juga diberi keutamaan dalam mesyuarat ini...walaubagaimanapun admin tidak dapat menyenaraikan lagi senarai ijazah yang telah diluluskan semasa mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan tempohari sehinggalah surat pekeliling dikeluarkan oleh KKM nanti.
Sehingga semuanya selesai ,insyaallah admin akan menyenarai kan kesemua ijazah yang berkaitan dengan PPP di blog ini sedikit masa nanti.

Antara gambar- gambar EXCO PPM semasa mesyuarat diadakan.
    



Friday, March 14, 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan berlangsung pada 9 March 2014 di Shangrila Tg Aru Resort, Kota Kinabalu Sabah. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha KKM.  Tema sambutan pada kali ini ialah "Trasformasi Profesion Ke Arah Kecemerlangan". Tema ini akan digunapakai bagi semua negeri- negeri yang akan menyambut Hari PP ini.
Majlis sambutan Hari Pembatu Perubatan merupakan salah satu program penting bagi Profesion ini. Program ini dilaksanakan dengan mengumpul semua wargakerja Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negara untuk berkumpul dalam suasana harmoni selain berkongsi pengalaman demi memartabat dan meningkatkan Profesion PPP dikalangan masyarakat.
Dimajlis ini juga Datuk KSU telah mengumumkan bahawa KKM telah mengezetkan Hari Pembantu Perubatan dalam kalender KKM pada 10 hb March setiap tahun.
Seramai 3 orang PPP dari Negeri Sabah dan 3 orang PPP dari peringkat pusat telah diberi pengiktirafan sebagai Tokoh PPP.
Penyampaian sumbangan kepada Badan Amal dan bukan kerajaan (NGO) juga dilaksanakan pada Majlis ini yang berlangsung dengan meriahnya. Penyerahan rasmi lagu korporat Penolong Pegawai Perubatan Berjaya juga disempurnakan oleh AMAS selaku pencipta lagu diserahkan kepada pengerusi persatuan PP  Malaysia yang telah disaksikan oleh YBhg Datuk Faridah Bt Mohd Ali.