Saturday, February 23, 2013

Mesyuarat agong Kopps

Mesyuarat Agong KoPPS telahpun berlangsung pada 2 Februari yang lepas..Mesyuarat ini telahpun dirasmikan oleh Tn Hj Siri iaitu Ketua Penolong Pegawai Perubatan yang juga salah seorang anggota Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Bhd.
Banyak perancangan yang telah dicadangkan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat anggota lembaga koperasi bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan KoPPS dimasa hadapan.
Tahun ini diberikan dividen 6%...maka insyaallah jika pendapatan kekal bertambah maka tidak mustahil dividen pada tahun tahun akan datang akan lebih dari masa sekarang.
Oleh yang demikian diharapkan agar para Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh Malaysia dapat menjadi anggota Kopps dan seterusnya dapat memberikan kesan yang positif kepada ekonomi masing-masing.
Bagi maklumat berkenaan Kopps ataupun ingin menjadi anggota kopps sila hubungi Tn Hj Mustafa ..Email : mustafa9@yahoo.com


Majlis Perasmian AGM oleh Tn Hj Siri


Anggota Lembaga KoPPS


Antara ahli yang hadir AGM

Wednesday, January 9, 2013

DIVIDEN 6% KEPADA PEMEGANG SAHAM KoPPS

MAKLUMAN KEPADA SEMUA

Ahli Lembaga Koperasi & Juruaudit luar telah perakukan pembayaran Dividen sebanyak 6%
( tertakluk kpd kelulusan Mesyuarat Agung pada 2/2/2013)
kepada semua pemegang saham
Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad.

Semua pemegang saham KoPPS bolehlah mendapatkan dividen ini semasa mesyuarat Agung KoPPS pada 2 Februari 2013.

Sesiapa yang berminat untuk menganggotai KoPPS bolehlah menghubungi ALK KoPPS segera...

Simpanan untuk masa depan anda dan keluarga.

NOTIS MESYUARAT AGUNG KOPERASI PP SELANGOR BHD

Maklumat Mesyuarat Agung
Koperasi Pembantu Perubatan Selangor  Berhad.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga.
Membentang Laporan Tahunan 2011/2012
Tarikh : 02 Februari 2013 (Hari Sabtu)
Masa :  09.00 pagi
Tempat : Dewan Ilmiah, HTAR, Klang.
Perasmian : Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Elaun Kehadiran RM 20.00
  
Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 7, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELURUH AHLI JAWATANKUASA 
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA  CAWANGAN SELANGOR MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 
DAN MAAF ZAHIR BATIN.
ERATKAN SIRATULRAHIM, 
BERSIHKAN MINDA DAN TEKADKAN KESUNGGUHAN ANDA.

PPP BERJAYA..

Friday, June 8, 2012

PENGUMUMAN

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PEMINAT BLOG PPPSELANGOR...DIMAKLUMKAN BAHAWA ADMIN PPPSELANGOR (EN. SYAMSUL REZALI) TELAHPUN BERTUKAR KE HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH PERAK PADA BULAN MEI YANG LEPAS.
OLEH YANG DEMIKIAN..BLOG INI MUNGKIN TIDAK DAPAT DIUPDATE DALAM SEMENTARA WAKTU INI SELEPAS ADMIN BARU BAGI PPPSELANGOR DILANTIK.

SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBELIAN PRODUK MASIH BOLEH BERHUBUNG DENGAN EN. SYAMSUL DITALIAN 012-2622234 @ Email :  asraz74@yahoo.com

SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday, April 16, 2012

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH KLANG DAN SHAH ALAM


Tetamu jemputan yang hadir

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis gilang gemilang iaitu Majlis Sambutan HARI PEMBANTU PERUBATAN bersama-sama anak-anak yatim dari daerah Klang dan Shah Alam pada :

Tarikh :   30 March 2012 (Jumaat).
Masa   :   8.00 malam .
Tempat : Klang Executive Club (KEC), Klang.

Pada majlis ini, seramai lebih 200 penolong pegawai perubatan dari seluruh Selangor telah hadir. Selain itu program sosial Persatuan dengan menjemput bersama-sama meraikan majlis ini anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudatul Ikhwan,Shah Alam dan Pertubuhan Anak Yatim Alkhairiyah, Sg Pinang Klang. Tidak terkecuali juga Pemberian sumbangan kewangan diberikan kepada Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong dalam majlis ini bagi tujuan sosial iaitu membantu orang-orang yang memerlukan.

Majlis seumpama ini adalah julung-julung kali dianjurkan sejak pengwujudan Profesion Pembantu Perubatan pada tahun 1786. Majlis ini telahpun dirasmikan oleh Yg Bhg Dato’ Dr.Hj. Azman B. Hj. Abu Bakar (Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor).

Objektif Majlis :-

  1. Pengiktirafan kepada Profesion Pembantu Perubatan.
  2. Memberikan penghargaan kepada semua ahli-ahli pembantu perubatan di negeri Selangor
  3. Melaksanakan tanggungjawab sosial Profesion kepada masyarakat yang memerlukan.
  4. Menjalinkan hubungan masyarakat setempat dengan ahli-ahli Pembantu Perubatan, secara tidak langsung dapat mempromosikan kempen-kempen Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).
 Pengisian majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyayian dari artis jemputan iaitu Nash Ashri. 

 
Ucapan Perasmian Pengarah JKNS

Ucapan Alu-aluan dari Pengerusi Persatuan PP Selangor
 
Anak-anak yatim dari Rumah Raudatul Ikhwan Shah Alam

Antara yang memeriahkan majlis

Anak-anak yatim dari Rumah anak yatim Sg Pinang Klang

Lebih 200 peserta yang hadir dalam majlis ini

peserta dari seluruh negeri Selangor

Persembahan dari anak-anak yatim raudatul Ikhwan


Sumbangan hamper kepada anak-anak yatim

Wednesday, February 29, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Majlis Sambutan 
Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Selangor 
akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh  : 30 March 2012.
Hari & Masa  : Jumaat /  8.00 Malam.
Tempat : Klang Executive Club ( KEC ) Klang.
Bayaran : RM 60 seorang. 

Pengisian Majlis :
- Makan Malam
- Perasmian Hari Pembantu Perubatan peringkat negeri Selangor
- Sumbangan kepada anak-anak yatim dan rumah kebajikan
- Cabutan bertuah
- Persembahan
- Door gift
- Ramah mesra 

Kepada Semua Penolong Pegawai Perubatan  / Pembantu Perubatan yang bertugas di sektor awam/swasta/IPTA/IPTS atau yang telah bersara di Negeri Selangor dijemput menyertai Majlis yang julung-julung kali diadakan ini.

Pendaftaran dan bayaran sila hubungi :
En. Mohd  Hazani b. Hassim (JKNS) H/P : 016-6239031. 
Tel Office : 03-51237333 samb. unit NCD.
Fax No : 03-51237339.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
- Hj Azamuddin (JKNS) H/P : 016-3651060.
- Hj Mohd Amin Sharaf (HTAR) H/P: 013-6671579.
- Hj Mustafa (Wisma PP) H/P: 012-2536082.
- En. Syamsul Rezali (HTAR) H/P: 012-2622234.

TEMPAT TERHAD...SILA DAFTAR SEGERA..!!



Friday, February 24, 2012

BROCHURE KoPPS



Jika anda ingin besarkan image diatas sila klik pada image. Anda bolehlah mencetak brochure diatas untuk diedarkan kepada kawan-kawan. Jika anda berminat untuk mendapatkan brochure yang original sila berhubung dengan pejabat KoPPS di Wisma Pembantu Perubatan di Reko Sentral Kajang.

Monday, February 20, 2012

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

TARIKH : 10 MARCH 2012
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN B1,PICC PUTRAJAYA.
BAYARAN : RM30 SEORANG.

PENDAFTARAN :
PPP KKM : Sila buat pendaftaran melalui Penyelaras PPP di negeri masing-masing.
PPP Sektor SWASTA : Pendaftaran melalui urusetia- 
Emailkan kpd -  mustafamajid9@yahoo.com ( Hj Mustafa- 012-2536082)

TEMPAT ADALAH TERHAD UNTUK 350 ORANG SHJ.
Sila daftar awal untuk dapatkan tempat anda.
majlis ini merupakan majlis yang pertama diadakan sejak kewujudan Profesion Pembantu Perubatan,Jadi sokongan para ahli Pembantu Perubatan amatlah dialu-alukan.

PERATURAN PAKAIAN :

PPP KKM : Pakaian Seragam Lengkap dengan tali leher dan lencana PP.
PPP Swasta : Pakaian uniform kerja @ Baju batik berlengan panjang.

Tuesday, February 14, 2012

JADUAL KURSUS/BENGKEL YANG AKAN DIADAKAN PADA TAHUN 2012

Sila klik gambar untuk image yang lebih jelas
KURSUS-KURSUS DIATAS ADALAH ANJURAN 
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA 
DENGAN KERJASAMA KOPERASI PEMBANTU PERUBATAN SELANGOR BHD.
TERBUKA KEPADA SEMUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 
DI MALAYSIA,SABAH DAN SARAWAK.
UNTUK PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN SILA HUBUNGI ; 
HJ MUSTAFA MAJID 012-0536082.