Tuesday, March 29, 2011

JAWATANKUASA PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA CAW. NEGERI SELANGOR PENGGAL 2011/2012

                                        Duduk dari depan kiri: Siti Hasmani,Hamzah,Hj Mustafa,Syamsul,Hj Md Din.                                                                       Berdiri : Azhar,Hanim,Khairussabri,Hazani,Zulhelmi.       

Mesyuarat Agong Dua tahunan kali ke4, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw. Negeri Selangor telahpun diadakan pada 26 March 2011 di HTAR Klang. Seramai 7 orang AJK dan 2 orang Juruaudit telah dilantik menerajui Persatuan ini bagi penggal 2011/2012.


Ucapan Alu-aluan dari Pengerusi PPPMCNS- Tn. Hj Mustafa Majid


Ucapan Perasmian oleh Presiden PPPM- Tn. Hj. Idris Md Nor


Dalam mesyuarat ini juga disertai dengan seisi CME yang telah disampaikan oleh Dr Terence iaitu pakar perubatan kecemasan HTAR Klang. Tajuk yang telah dibentangkan ialah Diagnosis and initial management of dengue dan Basic ECG interpretation.


CME yang disampaikan oleh Dr Terence


Ahli Persatuan yang hadir AGM


Mendengar CME


Antara PPP yang hadir AGM

Semua Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di negeri Selangor dialu-alukan menjadi ahli Persatuan . Pada ketika ini seramai 354 orang PPP di negeri Selangor telah menjadi ahli persatuan dengan 226 orang darinya adalah ahli benefit dan 8 orang ahli seumur hidup.

Anda bila lagi nak jadi ahli..???  Jom jadi ahli Persatuan....

Wednesday, March 23, 2011

MESYUARAT AGONG KALI KE 4 ,PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN CAW. NEGERI SELANGOR

Semua Ahli Persatuan dijemput menghadirkan diri pada Mesyuarat Agong dua tahunan kali ke 4 Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor. Segala pertanyaan sila berhubung dengan admin.

Friday, March 11, 2011

MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA KoPPS


Mesyuarat Agong pertama KoPPS pada 26 Februari 2011 telah berlangsung dengan lancar di Auditorium Permata HTAR Klang. Logo diatas telah diterima sebulat suara oleh para anggota KoPPS sebagai logo rasmi KoPPS.
Dalam mesyuarat ini juga ,Perkhidmatan KoPPS telah dipinda untuk menjadikan KoPPS sebagai koperasi berdaya saing.

Perkhidmatan KoPPS yang terkini ialah :-

- Menjalankan aktiviti pendidikan dan latihan, 
- Perkhidmatan pencucian bangunan,
- Mengadakan latihan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT),
- Bekalan Buku ,
- Bekalan peralatan perubatan.




Anggota Lembaga Koperasi (ALK) bagi tahun 2011/2012 ;
1. Hj. Mustafa Majid 
2. En. Azmi Osman.
3. Hj. Jaafar Sharif.
4. En. Mohan a/l Chitran
5. En. Ahmad Syamsul B. Hj. Rezali.
6. Hj. Idris bin Mohd Nor
7. Hj. Mohd Radzi bin Abdullah
8. Hj, Hassan bin Hj. Ahmad
9. Hj. Mansor Fenner
10. Hj. Mohamad bin Ishak

PERHATIAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KoPPS.
- Mohon emailkan gambar tuan-tuan kepada setiausaha KoPPS untuk proses kad keahlian KoPPS.

Friday, February 18, 2011

NATIONAL CONFERENCE OF ASSISTANT MEDICAL OFFICER 2011



Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia akan menganjurkan satu lagi Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2011 pada 26 - 28 hb Jun 2011 bertempat di Royale Bintang Resort & SPA, Seremban N9. 
Tema Konferens kali ini ialah " Transforming Professionalism Towords People Delight".

Yuran Pendaftaran : RM 300 bagi ahli Persatuan. RM 350 bagi yang bukan ahli.
Semua PPP samaada di Semenanjung Malaysia, Sabah ,Sarawak mahupun yang bertugas diluar Malaysia adalah dijemput menyertai Konferens pada kali ini.
Tuan/puan juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam Scientific paper dan poster dalam Konferens ini.

Pertanyaan dan Pendaftaran bolehlah emailkan kepada ppp.selangor@yahoo.com  atau asraz74@yahoo.com.
atau anda bolehlah layari laman web rasmi Konferens seperti dibawah.

Laman Web rasmi Konferens : www.pppmalaysia.com

Monday, January 24, 2011

HARI AMAL PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI SELANGOR



Bergambar beramai-ramai peserta PPP , pelatih & staff Tmn Sinar Harapan

Satu Program khidmat sosial yang diberi nama Hari Amal Penolong Pegawai Perubatan telah berlangsung dengan jayanya di Taman Sinar Harapan, Cheras pada 22 Januari 2011 yang lepas. Seramai 70 orang peserta dari kalangan Penolong Pegawai Perubatan yang datang dari seluruh negeri selangor menjayakan program khidmat sosial ini.
Hari Amal PPP yang dianjurkan oleh Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Selangor ini dilaksanakan di Tmn Sinar Harapan iaitu salah satu dari Rumah Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.

Pengerusi Persatuan menyampaikan taklimat


Bersemangat untuk bersenamrobik.


Objektif penganjuran program ini ialah :-

a.    Merapatkan hubungan antara pelatih-pelatih Tmn Sinar Harapan dengan  Masyarakat luar  khasnya Penolong Pegawai Perubatan.

b.    Memberi peluang kepada Penolong Pegawai Perubatan untuk berbakti  kepada masyarakat khususnya kepada insan yang kurang upaya, menjalin hubungan penyayang,  diluar waktu kerja rasmi dan aktiviti rutin seharian mereka .

c.   Sebahagian daripada aktiviti/program dalam kalendar Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Cawangan Negeri Selangor, yang melibatkan ahli ahlinya dengan tujuan memartabatkan Profesion.




Sukaneka antara peserta PPP dan pelatih.

Saudara Nazri Ashri menghiburkan para peserta & pelatih



Penganjuran Hari Amal PPP seperti ini adalah julung-julung kali diadakan  dan pihak persatuan bercadang akan meneruskan usaha murni ini dengan menganjurkan lebih banyak lagi program-program seumpamanya pada masa akan datang.,walaubagaimanapun penganjuran Kem Kesihatan, Pameran dan Program Berkhatan beramai-ramai yang menjadi program tahunan Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Selangor tetap akan diteruskan pada masa hadapan dengan sokongan penuh dari semua Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor ini.



TERIMA KASIH SEMUA ATAS SOKONGAN ANDA..!!
## Lagi gambar-gambar di ruangan GALERI.

Wednesday, December 22, 2010

KONFERENS KEBANGSAAN PPP 2011

Maklumat terkini berkenaan Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2011.
  Tarikh : 26-28 Jun 2011 
Tempat : Royal Bintang Resort & SPA , Seremban N9.

Tema Konferens : 
Trasformasi Profesionalisme kearah kesejahteraan rakyat
" Transforming Professionalism Toword people Delight ".

Bayaran Pendaftaran : 
Ahli PPPM : RM 300.00
Bukan Ahli : RM350.00

Flyers akan diedarkan dalam masa terdekat...Sila ambil maklum.

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia juga telah bersetuju untuk menganugerahkan geran berjumlah RM5000.00 kepada mana-mana PPP yang dapat menjalankan kertaskerja untuk dibentangkan dalam Konferens ini nanti. Kertas kerja ini perlulah disiapkan selewat-lewatnya bulan Mac 2011.
Tajuk kertaskerja : Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia - keberkesanannya kepada masyarakat.
Kepada PPP yang berminat sila berhubung dengan pihak admin untuk maklumat lanjut.


Monday, December 20, 2010

TAMAN SINAR HARAPAN CHERAS



Pada 13 Disember 2010 yang lepas, satu lawatan kerja oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Persatuan Pembantu Perubatan cawangan Selangor ke Tmn Sinar Harapan Cheras
yang terletak di KM 18, Mukim Sungei Long, Jalan Cheras, Kajang .
 
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Tmn Sinar Harapan dan  untuk menjayakan Program Khidmat Sosial anjuran Persatuan tidak lama lagi.

Taman Sinar Harapan Cheras adalah Institusi latihan bagi golongan remaja kurang upaya akal yang berusia diantara 14 hingga 25 tahun terdiri dari lelaki dan perempuan. Kategori yang masuk kesini adalah mereka yang boleh berdikari iaitu yang boleh menguruskan diri sendiri dan boleh dilatih.Pada ketika ini pelatih disini seramai 50 orang.




Pihak Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor telah merancang untuk mengadakan Program Khidmat Sosial di sini .Program ini dirancang akan diadakan pada 22 Januari 2011 .

Program yang telah dirangka pada hari tersebut ialah;


8.00 – 8.30 PG            ; Senamrobik
8.30 – 9.30 Pg             : Sarapan
9.30 – 11.30 pg           : Sukaneka
11.30 – 12.30 t/hari    : Menyanyi
12.30  t / hari               ; Penyampaian cenderahati dari Persatuan PP
                             Kepada Pengetua Tmn Sinar Harapan.
1.00 ptg                       ; Makan tengahari untuk pelatih-pelatih.
  1.30ptg                       ; Bersurai .

Semua peserta PPP akan ke Wisma Pembantu  Perubatan  Reko Sentral Kajang  untuk  Makan Tengahari.

# Pemeriksaan kesihatan (skin condition / blood  screening /pemakanan ) akan dilakukan secara berkala diantara program-program diatas.

Kepada semua Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor yang berminat untuk bekerjasama dalam Program ini amat dialu-alukan. Cadangan, pandangan, pendapat ,sumbangan wang tunai dan tenaga kerja amat dialu-alukan. Sila berhubung dengan En. Ahmad Syamsul Rezali ditalian 012-2622234 untuk maklumat lanjut.

Sunday, December 5, 2010

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Program Berkhatan beramai-ramai di tempat seperti berikut ;-

1. Sekolah Kebangsaan Sg kapar Indah pada 28 November 2010.
2. Penjara Kajang pada 4 December 2010.
3. Masjid Badariah Kapar pada 5 December 2010.

Semua Program berkhatan tersebut dijalankan dengan anjuran bersama dengan penduduk-penduduk setempat. Program khidmat sosial ini telahpun dijalankan setiap tahun dilokasi-lokasi yang tertentu dan pada tahun ini sebanyak 3 tempat berlainan telah pun berjaya dijalankan.
Program seumpama ini akan terus dijalankan pada tahun tahun hadapan dengan sokongan semua Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor.

Plak yang telah dihadiahkan oleh Masjid Badariah,Kapar

Menjamu selera selepas tamatnya program berkhatan..amin..

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA BUAT ANDA SEMUA


SALAM AIDILADHA ...
kepada
. Semua Pen. Peg. Perubatan
. Pelatih PPP
. Pesara PPP
. Kenalan PPP
dan semua muslimin dan muslimat..

BERSAMA KITA SANDARKAN PENGORBANAN NABI IBRAHIM a.s
SEBAGAI KEKUATAN DALAM KEHIDUPAN DAN PROFESION PPP.

Bersama menghayati erti pengorbanan

DARIPADA :
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Selangor .