SEMUA YANG TERTERA DIDALAM BLOG INI ADALAH BERSUMBERKAN DARI INFO PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA CAW. NEGERI SELANGOR. ANDA DIALU-ALUKAN MENYALURKAN BERITA-BERITA PPP DITEMPAT ANDA.
Saturday, November 1, 2014
NATIONAL CONFERENCE OF ASSISTANT MEDICAL OFFICER 2015
Flyers berkenaan National Conference of Assistant Medical Officer 2015 pada 11-13 hb Mei 2015 di MITC Melaka. Rancang tempat anda disini. Surat penyertaan , flyers dan borang penyertaan akan diedarkan ke semua ketua PPP negeri untuk edaran .
Friday, August 15, 2014
IJAZAH YANG BERKAITAN DENGAN PPP
Ijazah sarjana muda yang telah diluluskan untuk takrifan berkaitan dengan Penolong Pegawai Perubatan yang telah disahkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan.
Sila rujuk Buletin Profesionku Bil 2/14 keluaran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia untuk maklumat lanjut.
Wednesday, August 13, 2014
SEMINAR PEN. PEGAWAI PERUBATAN PERAK
Seminar Penolong Pegawai Perubatan Perak telah diadakan pada 18-19 Jun 2014 di Hospital Bahagia Ulu Kinta. Peserta terdiri dari PPP seluruh Negeri Perak.
Wednesday, August 6, 2014
Friday, May 16, 2014
MAJLIS PERSARAAN KETUA PEN. PEG. PERUBATAN
Majlis persaraan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Tn Hj Siri Bin Narudin telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina,Kompleks E, Putrajaya pada 9 Mei 2014.
Majlis telah diserikan dengan tetamu jemputan iaitu Ketua Pengarah Kesihatan KKM Y. Bhg Datuk Seri Dr Noor Hisham Bin Abdullah. Timbalan Ketua PPP juga berada dalam majlis ini.
Majlis diserikan dengan penyampaian watikah dan cenderamata kepada orang yang diraikan.
Dan akhirnya upacara mengetik Kad Perakam Waktu buat kali terakhir diadakan simbolik dengan berakhirnya tugas beliau sebagai seorang Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia.
Wednesday, May 7, 2014
MAJLIS JASAMU DIKENANG OLEH PERSATUAN PPM DAN KESATUAN PPPSM
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dan Kesatuan Pen. Peg. Perubatan Sem. Malaysia telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena meraikan persaraan Ketua Pen. Pegawai Perubatan Malaysia Tn Hj. Siri pada 3 Mei 2014 bersamaan pada hari sabtu di Bangi Golf Resort.
PPPM mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia...Tn Hj Siri atas pengorbanan beliau selama ini atas mengukuhkan dan memartabatkan Profesion Penolong Pegawai Perubatan. Di majlis ini, PPPM dan KPPPSM menyampaikan cenderahati kepada beliau.
Sunday, May 4, 2014
MESYUARAT EXCO PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
Mesyuarat EXCO Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bil 2/2014 telah berlangsung di Wisma Pembantu Perubatan Reko Sentral Kajang pada 3 Mei 2014. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh Tn Hj Siri iaitu Selaku Penasihat Persatuan PPM ini. Semua anggota AMT persatuan dan juga EXCO dari cawangan negeri-negeri hadir dalam mesyuarat ini.
Beberapa Agenda telah diperbincangkan dan juga ada yang telah diputuskan dalam mesyuarat kali ini.
Laporan aktiviti dan perancangan dari cawangan negeri juga dikemukakan pada mesyuarat kali ini.
Berita yang mengembirakan semua PPP berkaitan pengiktirafan ijazah yang berkaitan juga diberi keutamaan dalam mesyuarat ini...walaubagaimanapun admin tidak dapat menyenaraikan lagi senarai ijazah yang telah diluluskan semasa mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan tempohari sehinggalah surat pekeliling dikeluarkan oleh KKM nanti.
Sehingga semuanya selesai ,insyaallah admin akan menyenarai kan kesemua ijazah yang berkaitan dengan PPP di blog ini sedikit masa nanti.
Antara gambar- gambar EXCO PPM semasa mesyuarat diadakan.
Friday, March 14, 2014
MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan berlangsung pada 9 March 2014 di Shangrila Tg Aru Resort, Kota Kinabalu Sabah. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha KKM. Tema sambutan pada kali ini ialah "Trasformasi Profesion Ke Arah Kecemerlangan". Tema ini akan digunapakai bagi semua negeri- negeri yang akan menyambut Hari PP ini.
Majlis sambutan Hari Pembatu Perubatan merupakan salah satu program penting bagi Profesion ini. Program ini dilaksanakan dengan mengumpul semua wargakerja Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negara untuk berkumpul dalam suasana harmoni selain berkongsi pengalaman demi memartabat dan meningkatkan Profesion PPP dikalangan masyarakat.
Dimajlis ini juga Datuk KSU telah mengumumkan bahawa KKM telah mengezetkan Hari Pembantu Perubatan dalam kalender KKM pada 10 hb March setiap tahun.
Seramai 3 orang PPP dari Negeri Sabah dan 3 orang PPP dari peringkat pusat telah diberi pengiktirafan sebagai Tokoh PPP.
Penyampaian sumbangan kepada Badan Amal dan bukan kerajaan (NGO) juga dilaksanakan pada Majlis ini yang berlangsung dengan meriahnya. Penyerahan rasmi lagu korporat Penolong Pegawai Perubatan Berjaya juga disempurnakan oleh AMAS selaku pencipta lagu diserahkan kepada pengerusi persatuan PP Malaysia yang telah disaksikan oleh YBhg Datuk Faridah Bt Mohd Ali.
Sunday, February 2, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)





































