Friday, July 5, 2013

KONFERENS KEB. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2013 - Bukit Gambang Resort City ,Kuantan Pahang.

Add caption
"Keutuhan Jatidiri Kejituan Profesionalisma" adalah tema bagi Konferens kali ini yang diadakan di Bukit Gambang Resort ,Kuantan Pahang dari 3 hb Julai hingga 5 hb Julai 2013. Seramai lebih 500 orang peserta Penolong Pegawai Perubatan yang hadir pada Konferens kali ini.

Majlis perasmian diadakan pada malam pertama Konferens beserta majlis makan malam yang disempurnakan oleh Pengarah JKN Pahang.
Dif-dif  kehormat.Pengarah JKN Pahang, Ketua PPP,Mr Kiulman Luppo & Presiden Persatuan
Bukit Gambang Resort city

Majlis makan malam sempena Konferens

Persidangan Konferens bermula

Antara peserta yang hadir

PPP wanita pun ramai yang hadir pada konferens kali ini
Pada seisi Plenary yang pertama Mr Kuilman Luppo iaitu physician assistant dari Netherland membentangkan topik berkenaan " Contribution To Quality Care In Netherlands- The PA Role".
Ini merupakan kali yang pertama Persatuan Pem Perubatan membawakan seorang Physician Assistant
membicarakan persamaan dan peranan PA dan AMO di Malaysia.

Pada Seisi Plenary yang terakhir iaitu 5 Julai 2013 Dato' Dr Naran telah menyampaikan topik berkenaan "Medico Legal & Documentation - What We Missed ?" Satu topik yang begitu penting buat semua PPP dan masih ramai PPP yang masih tidak mengetahui kes-kes perundangan semasa memberikan perkhidmatan.

Tahniah kepada Jawatankuasa Konferens kerana berjaya menganjurkan Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatanan 2013 dengan baik dan teratur.

Mr Kuilman Luppo ...PA dari Netherland

Presiden dan President Elect Persatuan PP 2013/2014.

Lebih dari 500 peserta yang hadir


Peserta dari HRPB Ipoh bersama admin


Buku cenderahati Konferens

Friday, June 7, 2013

BENGKEL PEMBANGUNAN PROFESION PPP

Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan bertempat di Hotel Grand Continental Pulau Pinang pada 4-6 hb Jun 2013.
Sebanyak 5 kertas kerja telahpun dibuat dan dibentang oleh ahli- ahli panel pada bengkel kali ini. Kertas kerja ini akan diangkat dan di bentang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa terdekat.
Ahli- ahli panel dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Ahli- ahli panel dilantik dari kalangan Pen. Peg. Perubatan dari seluruh negara termasuk sabah dan sarawak.

Kertas kerja yang dibentangkan ialah :-
1: Kertas kerja penetapan standard amalan PPP.
2: Kertas kerja cadangan hari pembantu perubatan.
3: Kertas kerja Penyelarasan pemberian BIPK.
4: kertas kerja pengiktirafan KPSL bagi lantikan U41.
5. Kertas kerja pengiktirafan ijazah sarjana dalam bidang berkaitan profesion PPP.

Tn. Hj. Siri selaku ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia merasmikan majlis pembukaan dan penutup bagi bengkel selama 3 hari ini.







Tuesday, May 21, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2013

Bertempat di Dewan Sri Intan , Teluk Intan Perak telah berlangsungnya sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Perak pada 18 Mei 2013 . Walaupun pada asasnya Hari Pembantu Perubatan jatuh pada 10 March setiap tahun namun penganjuran yang sedikit terlewat ini tetap berlangsung dengan meriahnya.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah JKN Perak iaitu Dato' Dr Hjh Nordiyanah Bt Hj Hassan.
Selain dari Majlis Sambutan ini, bertempat di Menara Condong beberapa program juga telah diaturkan sempena Hari Pembantu Perubatan ini antaranya Pemeriksaan Kesihatan untuk orang awam, Demonstrasi CPR ,Pameran kerjaya PPP dan Pameran Perkhidmatan Kecemasan untuk orang awam juga diadakan pada sebelah pagi hinggalah kepetang.

Objektif utama program ini ialah bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan PPP di negeri Perak, Memartabatkan profesion dengan penglibatan PPP dalam aktiviti kemasyarakatan dan memberi sumbangan kepada badan- badan kebajikan.


Pengarah JKNP merasmikan Majlis.














Thursday, May 9, 2013

KONFERENS KEBANGSAAN PEN. PEGAWAI PERUBATAN 2013

Penyertaan dialu-alukan dari kalangan Pen. Peg. Perubatan dari seluruh negara. Tarikh tutup penyertaan 30 Mei 2013. Sila daftar segera sebelum terlewat. Pengalaman saya pada konferens yang lepas...ramai PPP yang mendaftar bila dah dekat dengan tarikh tutup dan ramai pula yang kecewa kerana tidak diterima sebagai peserta jika target peserta dah tercapai atau tarikh penyertaan dah ditutup..Jadi ,bertindak segera sebelum terlewat...maklumat lanjut layari www.pppmalaysia.com

Friday, April 19, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT NEGERI PERAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal Penolong Pegawai perubatan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Perak dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia cawangan Perak akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Perak 2013 pada :- 
Tarikh : 18 Mei 2013
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Perbandaran Teluk Intan
( berhampiran Rumah Rehat Bandar Baru Teluk Intan)
Bayaran Penyertaan : RM 20.00 shj.

Majlis Perasmian oleh Dato’ Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Kepada yang ingin menyertai bolehlah membuat bayaran kepada S/U Persatuan En.Kamsani b. Kadir PPP U32 Hospital Teluk Intan secara tunai atau atau melalui Akaun Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Perak Maybank 558060503702 selewat-lewatny­a 10 Mei 2013 . 
Maklumat lanjut sila hubungi En. Ahmad Redzuan di talian 0195162743 atau Tn. Hj. Mohd Radzi di talian 0174873974

Tuesday, April 16, 2013

MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM..& SALAM SEJAHTERA
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.

Mulai tarikh dan ketika ini,blog ini tidak lagi menyiarkan berita-berita semasa Persatuan Pem Perubatan Selangor tetapi apa yang dicoretkan selepas ini hanyalah pandangan peribadi penulis atau info-info PPP terbaru yang di ketahui oleh penulis. Oleh yang demikian ,Persatuan PP Selangor tidak lagi bertanggungjawab dalam sebarang kesilapan info yang terkandung dalam blog ini.

HARAP MAKLUM.

Sunday, April 14, 2013

SAMBUTAN HARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Majlis sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan peringkat negeri Selangor yang telah diadakan pada 13 hb April 2013 di KEC Klang telahpun dirasmikan oleh Yg Bhg Dato’ Dr.Hj. Azman B. Hj. Abu Bakar (Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor).

Pelbagai acara telah dijalankan pada malam tersebut dengan dihadiri oleh Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri Selangor.


Pengerusi Majlis sambutan Tn Hj Mustafa menyampaikan ucapan aluan


Yg Bhg Dato’ Dr.Hj. Azman B. Hj. Abu Bakar merasmikan majlis sambutan




persembahan warna warni


Dif-Dif Kehormat menjamu selera


Antara tetamu yang hadir




Penyanyi jemputan A. Ramlie...Era 2000.


Sunday, March 31, 2013

KURSUS TEKNIKAL PPP U41/U42 DI MARINA COVE LUMUT PERAK


Bertempat di Marina Cove ,Lumut Perak satu kursus teknikal bagi Penolong Pegawai Perubatan U41 dan U42 telahpun diadakan dari 26hb March hingga 29hb March 2013 anjuran Lembaga Pembantu Perubatan. Seramai 93 orang PPP dari seluruh Malaysia telahpun hadir pada kursus kali ini.
Majlis Perasmian kursus ini telah dilaksanakan oleh Dr Ahmad Razid Bin Salleh, Pengarah Bahagian Amalan Perubatan KKM.





Para peserta juga telah dibawa melawat Institut Perubatan Bawah Air Dan Hiperbarik , Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Wednesday, March 20, 2013

MESYUARAT AGONG PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN CAW SELANGOR

Mesyuarat Agong kali ke 5 bagi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Caw Negeri Selangor akan diadakan pada 13 April 2013.
Seisi CME juga akan di jalankan pada sebelah paginya sebelum AGM bermula.

Semua PPP adalah dijemput hadir kemajlis AGM ini nanti...
Jamuan Makan ada disediakan .

Friday, March 15, 2013

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN

"Kelestarian Profesion Kesejahteraan Rakyat" adalah tema Hari Pembantu Perubatan pada tahun ini. Sambutan ini diadakan pada 9 March 2013 di Panview Hotel , Kuching Sarawak.
Sambutan ini telah pun dirasmikan oleh YB Dr Jerip Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak.
Dalam majlis ini juga telah dilancarkan International Clinical Conference For AMO 2014 yang akan diadakan di Kuching Sarawak pada Mei 2014.
Penyampaian Anugerah Tokoh Penolong Pegawai Perubatan ,Penyampaian sumbangan kepada NGO terpilih dan penyampaian cenderakenangan adalah sebahagian dari aturcara majlis ini.