Friday, May 16, 2014

MAJLIS PERSARAAN KETUA PEN. PEG. PERUBATAN

Majlis persaraan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Tn Hj Siri Bin Narudin telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina,Kompleks E, Putrajaya pada 9 Mei 2014. 
Majlis telah diserikan dengan tetamu jemputan iaitu Ketua Pengarah Kesihatan KKM Y. Bhg Datuk Seri Dr Noor Hisham Bin Abdullah. Timbalan Ketua PPP juga berada dalam majlis ini.
Majlis diserikan dengan penyampaian watikah dan cenderamata kepada orang yang diraikan.
Dan akhirnya upacara mengetik Kad Perakam Waktu buat kali terakhir diadakan simbolik dengan berakhirnya tugas beliau sebagai seorang Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia.








Admin mengucapkan semoga mantan ketua PPP , Tn Hj Siri Bin Narudin  beroleh kejayaan dialam baru beliau dengan lebih cemerlang dan berbahgia disamping keluarga tercinta. 







Wednesday, May 7, 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG OLEH PERSATUAN PPM DAN KESATUAN PPPSM

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dan Kesatuan Pen. Peg. Perubatan Sem. Malaysia telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena meraikan persaraan Ketua Pen. Pegawai Perubatan Malaysia Tn Hj. Siri pada 3 Mei 2014 bersamaan pada hari sabtu di Bangi Golf Resort.

PPPM mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia...Tn Hj Siri atas pengorbanan beliau selama ini atas mengukuhkan dan memartabatkan Profesion Penolong Pegawai Perubatan. Di majlis ini, PPPM dan KPPPSM menyampaikan cenderahati kepada beliau.








Sunday, May 4, 2014

MESYUARAT EXCO PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA





Mesyuarat EXCO Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bil 2/2014 telah berlangsung di Wisma Pembantu Perubatan Reko Sentral Kajang pada 3 Mei 2014. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh Tn Hj Siri iaitu Selaku Penasihat Persatuan PPM ini. Semua anggota AMT persatuan dan juga EXCO dari cawangan negeri-negeri hadir dalam mesyuarat ini.
Beberapa Agenda telah diperbincangkan dan juga ada yang telah diputuskan dalam mesyuarat kali ini.
Laporan aktiviti dan perancangan dari cawangan negeri juga dikemukakan pada mesyuarat kali ini.
Berita yang mengembirakan semua PPP berkaitan pengiktirafan ijazah yang berkaitan juga diberi keutamaan dalam mesyuarat ini...walaubagaimanapun admin tidak dapat menyenaraikan lagi senarai ijazah yang telah diluluskan semasa mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan tempohari sehinggalah surat pekeliling dikeluarkan oleh KKM nanti.
Sehingga semuanya selesai ,insyaallah admin akan menyenarai kan kesemua ijazah yang berkaitan dengan PPP di blog ini sedikit masa nanti.

Antara gambar- gambar EXCO PPM semasa mesyuarat diadakan.