Monday, December 30, 2013

BULETIN PROFESIONKU

Selamat Tahun baru 2014 kepada semua warga kerja Penolong pegawai perubatan dimana anda berada..Sempena tahun baru ini pihak Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia akan menerbitkan Buletin Profesionku yang mengandungi berita semasa, berita- berita dari negeri- negeri dan aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan sendiri.
Tunggu kemunculan Buletin ini ditempat anda sedikit masa lagi.

Sunday, December 29, 2013

PENGIKTIRAFAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN PROFESION PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN



Tanggal 2 Disember 2013 semasa Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan kali Ke-57, PPPM telah membuat pembentangan 18 Ijazah Sarjana Muda yang telah dan sedang diikuti oleh PPP untuk dipertimbangkan sebagai berkaitan. Instrumen Penilaian Ijazah telah digunapakai bagi mengenalpasti tahap atau peratusan keberkaitanan setiap subjek dengan peranan, skop tugas dan tanggungjawab PPP. Keputusan mesyuarat berhubung perkara ini akan dimaklumkan oleh Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan dalam sedikit masa lagi. Sama-samalah kita doakan agar keputusan yang akan dikeluarkan kelak memihak kepada Penolong Pegawai Perubatan yang telahpun mempunyai ijazah yang dipertimbangkan.