Sunday, September 29, 2013

BENGKEL PEMURNIAN PENGIKTIRAFAN IJAZAH TAK BERKAITAN

Jawatankuasa Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan telah bermesyuarat dan berbengkel dalam menyiapkan Kertas Kerja terakhir berkenaan pengiktirafan ijazah tak berkaitan dengan profesion PPP. Bengkel ini diadakan di Wisma Pembantu Perubatan dari 27/9 hingga 29/9/13.
antara yang hadir dalam bengkel ini ialah Ketua PPP iaitu Tn Hj Siri, Presiden Kesatuan PPPSM, Presiden Persatuan PPM , Presiden Elect Persatuan PPM dan semua wakil - wakil ijazah yang terlibat.
Untuk makluman , Pemurnian kertas kerja ini di buat selepas Kertas kerja ini dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Lembaga Pembantu Perubatan sebelum diangkat dan dibentangkan pada mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Harapan semua agar kesemua ijazah yang dibentangkan ini berjaya dalam pengiktirafannya sebagai sebuah ijazah yang berkaitan dengan profesion Penolong Pegawai Perubatan...Insyaallah.






Saturday, September 28, 2013

PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE 21 KESATUAN KEB. PEN. PEG PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Persidangan Perwakilan ini diadakan pada 25 September 2013 hingga 26 September 2013 bertempat di Hotel Quality Shah Alam Selangor. 
Persidangan dwi tahunan diadakan setiap dua tahun bagi perwakilan- perwakilan negeri memberikan usul negeri masing-masing di persidangan ini.
Semua negeri di Semenanjung Malaysia mengambil bahagian dalam persidangan kali ini .








Sunday, September 15, 2013

STIKER KERETA AMO

Kepada Penolong Pegawai Perubatan yang berminat untuk memiliki Stiker kereta AMO boleh hubungi admin secara whatsapp / sms ditalian 012-2622 234. Stiker AMO ini ialah design terbaru seperti yang tertera di bawah.. Hage 1 pcs RM6.  Jika anda ingin membeli secara banyak anda akan dapat 1 pcs free dengan setiap 10 pcs Stiker AMO ini..