Tuesday, May 10, 2011

MAJLIS JASAMU DIKENANG KETUA PPP NEGERI SELANGOR

Barisan Jawatankuasa Penganjur Majlis Jasamu Dikenang.
Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang untuk Tn Hj Shahruddin Abd Kadir Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Selangor diadakan pada 6 Mei 2011 di Klang Executive Club ( KEC ). Majlis ini diadakan sempena persaraan wajib Tn. Hj. Shahruddin pada 5 Mei 2011.

Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh negeri Selangor dan kenalan yang mengenali Hj Shahruddin bersama-sama memeriahkan majlis ini. Turut serta tetamu jemputan ialah Dr Hj Zaaba, Dr Ghazi, Hj Siri dan lain-lain lagi.

Dalam ucapannya, Hj Shahruddin memohon kemaafan kepada semua terutamanya PPP di negeri Selangor sewaktu beliau menjawat sebagai Ketua PPP Negeri Selangor. Semoga Tn. Hj meneruskan kehidupan selepas ini dengan lebih bermakna dan mendapat kesihatan yang sihat walafiat...Amin...



Ucapan mantan ketua PPP Negeri Selangor.

Tetamu jemputan bersama yang diraikan.

Cenderahati dari semua PPP Selangor yang disampaikan oleh Jawatankuasa Penganjur.

Antara hadirin yang hadir memeriahkan majlis.

Cabutan bertuah

Rakan seperjuangan

Ucapan tahniah kepada YB....yang bersara.